[Foto] Bumbung Tren LRT Laluan Kelana Jaya Bocor Hingga Dimasuki Air Hujan
Air hujan yang memasuki tren LRT laluan Kelana Jaya itu juga dilihat mula mengalir di atas lantai dan bergerak ke kawasan sekitar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak belakangan ini, kawasan sekitar Lembah Klang sering mengalami cuaca hujan lebat pada waktu petang sehingga mengakibatkan insiden sebatang pokok tumbang di Jalaln Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 7 Mei lalu.
Dalam satu kejadian terbaharu yang berlaku semalam (13 Mei), satu lagi pokok dilaporkan tumbang berhampiran Jalan Pinang, Kuala Lumpur.
Baca Artikel Berkaitan: Insiden Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail KL Ragut Satu Nyawa, Seorang Lagi Cedera
Keadaan hujan lebat ini menyebabkan orang ramai kini lebih berhati-hati terutamanya apabila berada di luar.
Tren LRT Dimasuki Air Hujan
Dalam video dimuat naik oleh pengguna laman Xiaohongshu, wanita ini menunjukkan situasi cemas yang berlaku dipercayai dalam sebuah tren LRT laluan Kelana Jaya berhampiran stesen Taman Jaya.
Keadaan bertukar kelam-kabut apabila tren tersebut dimasuki air dari kawasan bumbung yang dipercayai mengalami kebocoran.
Malah, air yang memasuki gerabak itu dilihat menyebabkan orang ramai terpaksa beralih ke tempat duduk lain yang lebih selamat.
Tetapi ada juga pengguna lain di bahagian tempat duduk lain yang tidak berganjak semasa kejadian tersebut berlaku. Air hujan yang memasuki tren juga dilihat mula mengalir di atas lantai dan bergerak ke kawasan sekitar.
Namun, tarikh sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.
Untuk menonton video penuh, boleh klik [DI SINI].

Netizen Samakan Dengan Insiden Yang Berlaku Di Old Trafford
Pelbagai reaksi telah diberikan oleh netizen selepas menonton video berkenaan yang jarang-jarang berlaku di Malaysia. Ada juga yang sempat bergurau kononnya ia adalah cara terbaharu untuk menyejukkan kawasan persekitaran.
“Malaysia ni terlalu panas untuk penghawa dingin, mungkin LRT tengah uji teknologi penyejukan yang baru,” gurau netizen.
Sementara itu, beberapa netizen pula berpendapat kejadian yang berlaku dikatakan hampir sama seperti yang sering berlaku di Stadium Old Trafford di mana bumbungnya juga bocor dan dimasuki air hujan.
Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang melihat insiden ini sebagai satu bencana kerana menyebabkan lantai basah di kawasan trek yang dijana oleh elektrik.


Setakat artikel ini ditulis, belum ada penjelasan atau kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Rapid KL berhubung kejadian ini.
Bagi pengguna yang mahu membuat laporan melibatkan insiden yang berlaku ini, boleh menghubungi talian 03-78852585 atau menghantar e-mel kepada suggest@rapidkl.com.my.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.