Now Reading
[Video] YDPA ‘Sporting’, Sambung Nyanyian Ketika Dihulur Mikrofon Oleh Aizat Amdan

[Video] YDPA ‘Sporting’, Sambung Nyanyian Ketika Dihulur Mikrofon Oleh Aizat Amdan

Yang di-Pertuan Agong dilihat menyambung nyanyian lagu Aizat Amdan berjudul ‘Hanya Kau Yang Mampu’ ketika menghadiri Konsert Pesta Kuantan 188.

aizat amdan ydpa

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dikenali dengan peribadi yang sangat mudah didekati oleh rakyat.

Kalau ada rakyat Malaysia yang berjumpa dengan baginda, mesti mereka tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar bersama.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong dilihat tidak kekok untuk beramah mesra dan bergambar dengan penduduk tempatan Pahang ketika melawati kawasan sekitar Cameron Highlands.

Artikel Berkaitan: [Video] Pelancong Amerika Teruja Dapat Jumpa Agong Di Tempat Awam Ketika Bercuti Di Cameron Highlands

Artikel Berkaitan: “Bestnya Dapat Jumpa Tuanku” – Ramai Teruja Lihat Agong Bawa Keluarga Ke KFC Untuk Santapan Tengah Hari [Video]


Aizat Amdan Luah Rasa Teruja Tuanku Tahu Lagu Nyanyiannya

Menerusi hantaran dimuat naik oleh seorang penyanyi tempatan iaitu Aizat Amdan, dia berkongsi pengalaman yang cukup menarik ketika melakukan persembahan di Konsert Pesta Kuantan 188 pada 31 Julai lalu.

Ketika sedang menyanyikan lagu berjudul ‘Hanya Kau Yang Mampu’ di konsert itu, Aizat turun dari pentas dan menghampiri Tuanku sebelum bertindak menghulurkan mikrofon kepada baginda.

Tanpa rasa segan, Yang di-Pertuan Agong menyambung nyanyian lagu tersebut dengan lirik yang betul. Memang cukup ‘sporting’ ya.

Sumber: Instagram Pahang Media

Nyanyian oleh baginda itu membuatkan Aizat berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada Tuanku kerana baginda mengetahui lagu miliknya.

Dalam pada itu, Aizat turut menghargai sokongan yang diberikan oleh warga Kuantan yang hadir ke Konsert Pesta Kuantan 188.


Netizen Teruja Tengok Yang di-Pertuan Agong Menyanyi Secara Rawak Ketika Dihulur Mikrofon Oleh Aizat Amdan

Di ruangan komen, ramai netizen yang meluahkan rasa teruja apabila melihat Tuanku menyanyi di khalayak ramai. Bukan selalu dapat tengok kan?

Beberapa peminat Aizat juga memuji suaranya yang dikatakan masih kekal sama seperti dahulu.

Berita gembira untuk peminat Aizat Amdan, anda juga berpeluang untuk melihat persembahannya sekali lagi di konsert YUNAVERSE pada Oktober ini.

Aizat akan berganding bersama Yuna dalam membuat konsert secara live di Kuala Lumpur dengan tiket jualan serendah RM99 sahaja.

Untuk anda yang berminat, siap sedia pada 8 Ogos ini pada jam 12pm untuk mendapatkan tiket.

Artikel Berkaitan: Yuna Umum Konsert ‘YUNAVERSE’ Live In Kuala Lumpur 22 Oktober 2023. Harga Tiket Bermula RM99!

Sumber: Instagram Aizat Amdan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd