Now Reading
[Video] Pelancong Amerika Teruja Dapat Jumpa Agong Di Tempat Awam Ketika Bercuti Di Cameron Highlands

[Video] Pelancong Amerika Teruja Dapat Jumpa Agong Di Tempat Awam Ketika Bercuti Di Cameron Highlands

Agong turut memuji kualiti kamera yang digunakan oleh pelancong dari Amerika Syarikat itu ketika mereka berborak.

[Video] Mat Salleh Teruja Jumpa Agong Tepi Jalan, Siap Berborak Lagi!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau ada rakyat Malaysia yang berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, mesti mereka tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar.

Ditambah pula dengan sikap ramah Seri Paduka Baginda bersama rakyat jelata, ia membuatkan masyarakat tidak kekok apabila bertemu dengan Baginda.

Yang di-Pertuan Agong juga sebelum ini dilihat beramah mesra dengan penduduk sekitar Pulau Tioman ketika memberikan sumbangan kepada orang ramai.

Sambil memberikan sumbangan itu, Baginda dengan nada bergurau meminta salah seorang penerima sumbangan untuk mewarnakan semula rambut kepada warna hitam.

Tetapi rupa-rupanya lelaki tersebut hanya memakai sejenis topi dengan rambut palsu ala-ala dalam kartun Naruto.

BACA JUGA: [Video] Terhibur Dengan Rambut Palsu, Netizen Puji Agong Tak Kekok Bergurau Dengan Rakyat

BACA JUGA: “Bestnya Dapat Jumpa Tuanku” – Ramai Teruja Lihat Agong Bawa Keluarga Ke KFC Untuk Santapan Tengah Hari [Video]

Sumber: TikTok @501awani

Pelancong Asing Teruja Lihat Kemesraan Agong Dengan Rakyat Malaysia

Menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube (Kyle and Madie), dua orang pelancong dari Amerika Syarikat berkongsi kisah mereka apabila berkesempatan untuk berjumpa dengan Agong dan Raja Permaisuri di Cameron Highlands, Pahang.

Ketika pasangan kekasih ini sedang makan tengah hari di sebuah restoran, beberapa buah kenderaan memasuki kawasan tersebut termasuklah kereta polis.

Mereka diberitahu oleh penduduk tempatan bahawa Agong dan Raja Permaisuri melawat kawasan itu untuk bertegur sapa dengan rakyat Malaysia.

Selepas mengetahui perkara sebenar, mereka berdua sangat teruja dan mengambil kesempatan itu untuk merakam pengalaman istimewa berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri.

Malah, mereka agak terkejut apabila ramai rakyat Malaysia turut teruja untuk bergambar dan beramah mesra bersama Baginda.

Video-Mat-Salleh-Teruja-Jumpa-Agong-Tepi-Jalan-Siap-Berborak-Lagi-1
Sumber: YouTube Kyle and Maddie

Beberapa rakyat Malaysia juga memberitahu kepada pelancong tersebut bahawa pengalaman seperti ini jarang berlaku.

Siap ada yang ‘offer’ untuk ambilkan gambar wanita itu bersama Agong ya. Baik betul orang Malaysia ni.

Wanita bernama Maddie itu cuba menghampiri kenderaan yang dipandu oleh Agong untuk merakam dengan lebih dekat dan kehadirannya menarik perhatian Baginda.

Agong sempat bertanya tentang asal usul wanita berkenaan dan berapa lama dia bercuti di Malaysia. Bukan itu sahaja, Baginda turut memuji kualiti kamera yang digunakan oleh Maddie pada ketika itu.

Difahamkan Agong dan Raja Permaisuri melawat kawasan tersebut untuk menyantuni masyarakat selepas menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

https://www.youtube.com/watch?v=CbwSnz6-mg4

Netizen Beri Anugerah Baginda Dan Raja Permaisuri Sebagai ‘Raja Berjiwa Rakyat’

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ramai yang meluahkan rasa teruja apabila dua orang pelancong asing itu dapat berjumpa dengan Agong serta Raja Permaisuri di tempat awam.

Ada juga netizen memuji bahawa Baginda adalah raja yang paling mesra dan berjiwa rakyat kerana tidak kekok apabila berjumpa di tempat awam.

Bukan selalu ya dapat berjumpa dengan Agong di tempat awam. Untung sangat kalau anda dapat berjumpa Baginda.

Selain sikap mesra Baginda dan Raja Permaisuri Agong, mereka turut disenangi oleh rakyat kerana prihatin dengan nasib masyarakat ketika ditimpa kesusahan terutamanya sewaktu Malaysia dilanda pandemik serta banjir besar.

BACA JUGA: Agong Tolak Gaji Sejak Malaysia Dilanda Pandemik

BACA JUGA: Her Majesty Raja Permaisuri Meets With Flood Victims In Pahang And Cooks For Them


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd