Now Reading
Yuna Umum Konsert ‘YUNAVERSE’ Live In Kuala Lumpur 22 Oktober 2023. Harga Tiket Bermula RM99!

Yuna Umum Konsert ‘YUNAVERSE’ Live In Kuala Lumpur 22 Oktober 2023. Harga Tiket Bermula RM99!

Aizat Amdan dikhabarkan bakal menjadi tetamu jemputan khas di Konsert YUNAVERSE pada 22 Oktober 2023 nanti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Persoalan akhirnya terjawab.

Yunalis Zarai ataupun lebih mesra dikenali sebagai Yuna secara rasminya telah mengumumkan konsert YUNAVERSE feat AI.Z live in Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 22 Oktober 2023 nanti bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur jam 8:30pm.

Tiket konsert YUNAVERSE ini akan mula dijual pada jam 12pm (8 Ogos 2023).

Walau bagaimanapun, ahli #yunationals bakal mendapat akses terawal untuk penjualan tiket iaitu sehari sebelum (7 Ogos) di mana pautan privasi dan kod promo akan dihantar menerusi e-mel.

Nota: AI.Z itu siapa? Untuk rekod, AI.Z adalah penyanyi terkenal Aizat Amdan yang bakal menjadi tetamu jemputan istimewa di konsert YUNAVERSE nanti.


Harga Tiket Konsert YUNAVERSE.

Bahagian paling dinanti-nantikan pastinya harga tiket untuk konsert Yuna Live In KL ini. Menerusi poster tersebut, harga tempat duduk bermula dari RM99 sahaja! Susunan harga tiket mengikut kategori adalah seperti di bawah:

  • Y5: RM889
  • ROUGE: RM369
  • CHAPTERS: RM259
  • NOCTURNAL: RM199
  • DECORATE: RM99

Yuna Pernah Beri ‘Bayangan’ Bakal Beraksi Di KL.

Baru-baru ini, Yuna memuat naik hantaran di laman Instagram (@yuna) yang membuatkan ramai peminat di Malaysia mula melompat teruja kerana memberi bayangan akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

Menerusi ruangan kapsyen hantaran, Yuna juga meminta pendapat dari para peminatnya tentang senarai lagu yang ingin didengari oleh para peminat di Malaysia (After Midnight, please).

“Yuna In KL Setlist,” menerusi coretan Yuna.

Yuna Beri Bayangan Bakal Buat Konsert Di KL, Siap Tanya Peminat Mahu Lagu Apa Dinyanyikan

Yuna Pernah Hiasi Billboard Di Times Square, New York Sebanyak 2 Kali

Untuk pengetahuan umum, wajah Yuna sebelum ini pernah terpampang besar di iklan gergasi di Times Square, New York pertama kali pada tahun 2016 dan sekali lagi pada tahun 2019 ketika pelancaran album Rogue.

Yuna pada ketika itu meluahkan rasa terharu dan berbangga apabila dipilih menjadi wajah kepada seluruh Asia oleh aplikasi muzik Spotify bersempena kempen bulan Warisan Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik.

Artikel Berkaitan: “Ini Berkat Doa Ibu”- Yuna Luah Rasa Teruja Wajah Terpampang Di Kota New York Lagi

Apa pun, kami betul-betul tak sabar untuk menonton sendiri Konsert YUNAVERSE ini!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd