Now Reading
Kenapa Konsert YUNAVERSE Diadakan Di Sungei Wang? Yuna Beri Penjelasan Sebenar

Kenapa Konsert YUNAVERSE Diadakan Di Sungei Wang? Yuna Beri Penjelasan Sebenar

Untuk pemilihan lokasi konsert kali ini, Yuna menjelaskan bahawa Sungei Wang merupakan tempat yang sangat istimewa buat dirinya kerana ia adalah sebahagian besar daripada zaman kanak-kanaknya.

YUNAVERSE

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tarikh 22 Oktober 2023 nanti merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh #YUNATIONS dan kesemua peminat Yuna di Malaysia selepas penyanyi terkenal ini mengumumkan bakal mengadakan konsert YUNAVERSE di Kuala Lumpur.

Yuna Live In KL ini akan berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang, Kuala Lumpur pada jam 8:30pm dan tiket akan mula dijual hari ini (7 Ogos) untuk ahli #YUNATIONS dan esok (8 Ogos) untuk penjualan awam.

Baca Artikel Berkaitan: Yuna Umum Konsert ‘YUNAVERSE’ Live In Kuala Lumpur 22 Oktober 2023. Harga Tiket Bermula RM99!

Excited? Obviously! 😀


Kenapa Sungei Wang Jadi Pilihan Yuna Untuk Konsert YUNAVERSE?

Nama Yuna sememangnya tidak asing lagi di Malaysia mahupun di luar negara. Yuna meraih kejayaan mega dalam kerjaya muziknya sehingga kini di atas usaha gigihnya sendiri yang bermula dari bawah.

Diskografi antarabangsa Yuna yang diakui terdiri daripada empat album studio antarabangsa, tiga album Malaysia, enam EP, 32 keluaran single antarabangsa, dan 43 video muzik.

Untuk pemilihan lokasi konsert kali ini, Yuna menjelaskan bahawa Sungei Wang merupakan tempat yang sangat istimewa buat dirinya kerana ia adalah sebahagian besar daripada zaman kanak-kanaknya.

Saya akan beraksi di Megastar Arena, Sungei Wang, tempat yang sangat istimewa bagi saya kerana Sungei Wang merupakan sebahagian besar daripada zaman kanak-kanak saya dan ketika remaja, di situlah saya akan membeli alatan muzik.

Yuna.

Yuna dalam masa yang sama turut meluahkan keterujaannya untuk beraksi buat peminat-peminat di Malaysia pada malam YUNAVERSE nanti.

I hope they will enjoy the show!

Yuna.

Setlist Konsert YUNAVERSE (Maybe yes, maybe no)

Setelah hampir satu dekad berkarier di peringkat antarabangsa, para peminat boleh menjangkakan koleksi lagu-lagu terbaik Yuna dan rangkaian lagu hit antarabangsa serta kolaborasi popular dari album-albumnya selama bertahun-tahun.

Antara lagu-lagu tersebut adalah:

  • Hello, I’ve Been Waiting For You.
  • Pantone 17 13 30.
  • Risk It All.
  • Can’t Get Over You.
  • Menanti.
  • Masih Sunyi.
  • Asing.
  • Camaraderie.
  • Used To Love You.
  • Crush.
  • Mannequin.
  • Blank Marquee.
  • Forevermore.
  • Falling.
  • Rescue.
  • Lullabies.
  • Decorate.
  • Live Your Life, dan banyak lagi.

Untuk rekod, Yunaverse akan menampilkan Ai.Z, nama samaran yang digunakan oleh Aizat Amdan dan Yuna untuk kolaborasi bahasa Inggeris mereka. Single bahasa Inggeris sulung Aizat Amdan ditulis bersama Yuna dan diedarkan oleh label rakaman Indie, Yuna Room Records (YRR) Music.

Antara lagu pertama untuk kolaborasi ini adalah berjudul “The Last Thing”.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd