Now Reading
The Exchange TRX Beri Panduan Penggunaan Taman Interaksi Kanak Di TRX City Park

The Exchange TRX Beri Panduan Penggunaan Taman Interaksi Kanak Di TRX City Park

Pihak The Exchange TRX turut mengeluarkan panduan berkaitan umur yang dibenarkan untuk bermain di taman interaksi kanak-kanak iaitu anak kecil sekitar 5 hingga 12 tahun sahaja.

panduan trx city park the exchange trx

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebuah pusat membeli-belah yang baru sahaja dibuka di ibu kota Kuala Lumpur iaitu The Exchange TRX kini menjadi lokasi tumpuan ramai kerana kepelbagaian premis perniagaan dan fasiliti yang disediakan.

Dalam satu hantaran terbaharu dimuat naik di laman Instagram (@theexchangetrx), The Exchange TRX telah mengeluarkan satu panduan khas kepada para pengunjung di kawasan taman interaksi kanak-kanak yang dikenali sebagai ‘Ruang Ceria’ di TRX City Park.

Peraturan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Awasi pergerakan anak-anak kecil.
  • Memakai pakaian dan kasut yang bersesuaian.
  • Berbuat baik antara satu sama lain.
  • Menjaga kebersihan.
  • Makan dan minum di tempat yang disediakan.
  • Menghentikan segala aktiviti jika berlaku guruh atau petir.
  • Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk bermain di dalam atau di atas taman interaksi air berbentuk spiral.
  • Aktiviti berenang tidak dibenarkan di Play Cave Waterfall.
  • Tidak dibenarkan berlari di kawasan taman interaksi air.

Panduan umur yang disyorkan untuk kawasan taman interaksi melibatkan Central Waterplay, Play City dan Play Cave adalah dari 5 hingga 12 tahun sahaja.

Dalam pada itu, golongan dewasa tidak dibenarkan untuk bermain di sktruktur permainan di Play City dan Play Cave.

Water Play. (Sumber: The Exchange TRX)
Play City. (Sumber: The Exchange TRX)
Play Cave. (Sumber: The Exchange TRX)

Sekiranya anak-anak sudah kebasahan bermain air, bilik ‘Family Washroom’ juga disediakan berhampiran kawasan taman tersebut.

The Exchange TRX turut menjelaskan bahawa setiap risiko adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan golongan dewasa perlu memantau anak-anak kecil sepanjang bermain.

Untuk pengetahuan, kawasan permainan ini dibuka dari jam 7:00 pagi sehingga 10:00 malam setiap hari.

Semoga peraturan yang diberikan oleh pihak The Exchange TRX ini dapat memberi panduan kepada para pengunjung agar sama-sama menjaga fasiliti yang disediakan supaya dapat digunakan bersama dalam tempoh lama.


Taman Interaksi Air Bentuk Spiral Ditutup Untuk Baik Pulih

Sebelum ini, taman interaksi air kanak-kanak berbentuk spiral di TRX City Park telah ditutup meskipun baru sahaja dibuka kurang dari tempoh seminggu sejak 29 November lalu.

Fasiliti tersebut telah ditutup dengan kon berwarna merah bagi kerja penyelenggaraan selepas dipercayai disalah guna oleh pengunjung di pusat membeli-belah The Exchange TRX sehingga mengakibatkan kerosakan.

Sumber: X (Twitter @Skyscrapersmy)

Difahamkan, pihak pengurusan membenarkan anak kecil untuk bermain di kawasan air pancut tetapi tidak menggalakkan kanak-kanak untuk bermain di dalam atau di atas fasiliti air berbentuk spiral itu.

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Pertikai Budak Mandi-manda Dalam ‘Spiral’ Di TRX City Park, Ini Penjelasan Pihak Pengurusan

Baca Artikel Berkaitan: Taman Air Kanak-kanak Di The Exchange TRX Kini Tutup Untuk Kerja Membaikpulih

Baca Artikel Berkaitan: The Exchange TRX Dibuka Hari Ini (29 November), Banyak Jenama Terkenal Dunia Buka Cawangan Pertama


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd