Now Reading
Bapa Suspek Tembakan Di Siam Paragon Tampil Mohon Maaf Kepada Ibu Mangsa

Bapa Suspek Tembakan Di Siam Paragon Tampil Mohon Maaf Kepada Ibu Mangsa

Bapa suspek membuat permohonan maaf kepada salah seorang ibu mangsa ketika proses pengebumian anaknya sekitar daerah Pak Kret, Nonthaburi, Thailand.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini pada Selasa (3 Oktober), pengunjung pusat membeli-belah Siam Paragon Mall, Bangkok, Thailand berdepan detik cemas apabila seorang remaja lelaki berusia 14 tahun melepaskan tembakan secara rambang dalam premis berkenaan.

Tembakan yang dilepaskan sekitar jam 4:50 petang waktu tempatan itu telah meragut tiga nyawa dan empat mangsa dilaporkan mengalami kecederaan.

Kurang daripada sejam selepas insiden berlaku, lelaki yang disyaki mempunyai masalah kesihatan mental telah ditahan oleh pihak polis Thailand di luar kawasan premis berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: 3 Maut & 4 Cedera Akibat Tembakan Rambang Di Bangkok, Suspek Usia 14 Tahun Ditahan Polis


Bapa Suspek Memohon Maaf Kepada Ibu Mangsa Ketika Proses Pengebumian

Pada Sabtu lalu (7 Oktober), bapa kepada suspek insiden tembakan telah memohon maaf terhadap salah seorang ibu mangsa.

Permohonan maaf itu telah dilakukan oleh si bapa di Wat Phasuk Maneechak di pengebumian anak perempuannya sekitar daerah Pak Kret, Nonthaburi, Thailand.

Susulan itu, ibu kepada mangsa berasal dari Myanmar, 31 yang masih berdukacita dengan pemergian anaknya telah memaafkan si bapa dan beranggapan tindakan tersebut bukan salahnya.

“Ia bukan salah bapa tetapi lebih kepada anak anda,” katanya menerusi laporan Khaosod English.

Tambah wanita tersebut, ibu bapa kepada suspek pasti turut berdukacita atas kelakuan anak mereka yang tidak diduga itu.

Bapa remaja lelaki itu juga difahamkan telah menawarkan sampul wang kepadanya, namun telah ditolak oleh si ibu kerana pemberian tersebut dikatakan tidak dapat mengembalikan anak kesayangan yang sudah pergi.

Sumber: Khaosod English

Bapa Mangsa Kesal Dengan Tindakan Anak Lelaki Yang Telah Ragut Nyawa Pengunjung Pusat Beli-belah

Pada Jumaat yang lalu (6 Oktober), bapa suspek telah meluahkan kekesalan yang tidak terhingga kepada pihak yang terlibat dalam insiden serangan berkenaan.

“Saya dan keluarga dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia, cedera dan mereka yang paling terkesan dengan peristiwa ini dan kepada semua individu dari lubuk hati yang paling dalam dengan setinggi-tinggi penghormatan kami,” kata si bapa.

Di samping itu, pihak polis dilaporkan menahan seorang lelaki berusia 27 tahun di Bangkok dan sepasang suami isteri di wilayah Prachuap Khiri Khan yang disyaki menjual peluru secara haram kepada remaja lelaki tersebut.

Menerusi satu serbuan dalam sebuah rumah di daerah Bang Khae di Bangkok pada hari Sabtu, pihak berkuasa telah merampas sepucuk pistol automatik Glock, revolver Smith & Wesson dan 2,765 butir peluru pelbagai jenis.

Baca Artikel Berkaitan: “Kami Bina Perisai Manusia” – TMJ & Keluarga Terselamat Insiden Tembakan Di Bangkok

Baca Artikel Berkaitan: Letupan & Tembakan Gegar Pekan Tak Bai Di Sempadan Malaysia-Thailand

Sumber: Harian Metro | Khaosod English


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd