Now Reading
Letupan & Tembakan Gegar Pekan Tak Bai Di Sempadan Malaysia-Thailand

Letupan & Tembakan Gegar Pekan Tak Bai Di Sempadan Malaysia-Thailand

Kejadian berbalas tembakan dan bom yang berlaku di Pekan Tak Bai berhampiran sempadan Malaysia-Thailand telah mengakibatkan tiga orang anggota keselamatan Thailand cedera.

bom dan tembakan di Tak Bai

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Penduduk di Pekan Tak Bai, Wilayah Narathiwat, Thailand berdepan detik yang pastinya mencemaskan mereka apabila persekitaran kawasan perumahan digegarkan dengan bunyi yang kuat dari beberapa siri letupan serta berbalas tembakan pada malam semalam (25 Mei).

Kejadian yang berlaku kira-kira pada jam 10 malam itu mula didengari di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan yang berada seberang dengan Pekan Tak Bai di Thailand.

Sumber: Twitter @Geolnt.MY

Situasi yang menakutkan itu juga sempat dirakam oleh penduduk tempatan ketika kejadian berlaku.

Dalam beberapa video yang tular di media sosial, terdapat kawasan yang sudah dikelilingi api marak dan bunyi tembakan dilepaskan serta bom yang kuat ekoran jarak yang dekat.

Siasatan diserahkan kepada pihak berkuasa Thailand

Pasukan keselamatan Thailand mengesahkan kejadian tembakan dan bom di Pekan Tak Bai. Menurut laporan, pihak berkuasa Thailand berjaya mengawal keadaan dan telah melakukan beberapa tangkapan individu yang terlibat.

Thailand melaporkan Balai Polis Marin Tak Bai diserang oleh sekumpulan individu tidak dikenali dan enam orang penyerang telah membaling bom serta melepaskan tembakan sehingga mengakibatkan tiga orang anggota keselamatan Thailand tercedera.

Sumber: Sinar Harian

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun yang ditemui turut mengesahkan kejadian berkenaan yang berlaku di sempadan Malaysia-Thailand berhampiran Tumpat, Kelantan tetapi enggan mengulas lanjut dan menyerahkan siasatan tersebut kepada pihak berkuasa Thailand.

BACA JUGA: Lelaki Di Kedah Ditembak Depan Restoran Lepas Makan Tengahari


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd