3 Maut & 4 Cedera Akibat Tembakan Rambang Di Bangkok, Suspek Usia 14 Tahun Ditahan Polis
Tembakan rambang di Siam Paragon Mall, Bangkok, Thailand itu berlaku sekitar jam 4:50 petang semalam (3 Oktober).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semalam (3 Oktober), pengunjung di sebuah pusat membeli-belah Siam Paragon Mall, Bangkok, Thailand berdepan detik cemas apabila seorang lelaki melepaskan tembakan secara rambang dalam premis berkenaan.
Tembakan rambang yang dilepaskan sekitar jam 4:50 petang waktu tempatan itu telah meragut tiga nyawa dan empat mangsa dilaporkan mengalami kecederaan.
Beberapa rakaman video ketika kejadian juga telah tular di media sosial kelihatan situasi bertukar kucar-kacir dan orang ramai lari bertempiaran bagi menyelamatkan diri selepas terdengar bunyi tembakan yang kuat.
In Bangkok, the capital of Thailand, a 14-year-old boy opened fire at the Siam Paragon shopping center with a pistol, killing 3 people and wounding 4 people. A conflict broke out between the 14-year-old boy and the security forces at the shopping center. pic.twitter.com/Ttt7dJRdUK
— Nico (@Nico00503) October 3, 2023
The Security Guards And Employees Of Siam Paragon Help To Get Everyone Out Of The Mall Until The Shooter Shot Back At Them 🔫‼️🚨
— Sam (@sambladeco) October 3, 2023
Siam Paragon Should Increase Their Salaries For Their Bravery & Heroic Moves!! ⚔️🦸🏻💰❤️ #siamparagon #พารากอน
pic.twitter.com/jTZlmoGR4I
i was at siam paragon today and went to the mall beside which is siam centre and suddenly everyone started screaming and running it was so scary pic.twitter.com/pyQiXSkrXK
— pzey (@goldenchamsae) October 3, 2023
Suspek Telah Ditahan Oleh Pihak Polis Thailand
Kurang daripada sejam selepas insiden berlaku, lelaki berkenaan telah ditahan oleh pihak polis Thailand di luar kawasan Siam Paragon Mall dan dipercayai tidak menunjukkan sebarang reaksi melawan.
Memetik sumber Astro Awani, Ketua Polis Thailand Torsak Sukvimol mengesahkan bahawa suspek merupakan remaja bawah umur berusia 14 tahun serta disyaki mempunyai masalah kesihatan mental.

Suspek kini disiasat oleh Unit Jenayah Kanak-kanak Polis Thailand.
Sementara itu, pihak polis telah menutup hentian kereta api bertingkat di Siam Square berhampiran lokasi kejadian bagi menjaga keselamatan dan operasi siasatan.
Tiada Rakyat Malaysia Yang Menjadi Mangsa
Kementerian Luar Negeri Malaysia menerusi satu kenyataan yang di muat naik di laman Facebook Wisma Putra memaklumkan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam insiden tembakan rambang di Siam Paragon Mall semalam (3 Oktober).
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang kejadian.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok seperti berikut:
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok:
- Alamat: Kronos Sathorn Tower, Level 17, 46 North Sathorn Road, Silom, Bang Rak, Bangkok 10500.
- No Tel: +66-2340-5720 / +66-2340-5731 (hal konsular) / +66-87-028-4659 (hal kecemasan)
- Faks: +66-2340-5721
- E-mel: mwbangkok@kln.gov.my
Sumber: Astro Awani | Facebook Wisma Putra
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.