Now Reading
Jurutera Lingkungan 50an Dari Sarawak Rugi RM11,530 Lepas Ditipu Ketika Beli Tiket Konsert Taylor Swift Dari ‘Reseller’

Jurutera Lingkungan 50an Dari Sarawak Rugi RM11,530 Lepas Ditipu Ketika Beli Tiket Konsert Taylor Swift Dari ‘Reseller’

Jurutera berusia 50an di Sarawak telah membeli tiga tiket ke konsert Taylor Swift selepas terlihat iklan di platform Carousell.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Tiket untuk ke konsert Taylor Swift The Eras Tour yang diadakan di Singapura selama enam hari mendapat permintaan yang sangat tinggi.

Mana tidaknya, konsert penyanyi terkenal itu hanya ‘berhenti’ di satu negara sahaja di Asia Tenggara iaitu Singapura. Jadi, ramai peminat dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam berebut untuk membeli tiket.

Walau bagaimanapun, tidak semua peminat berjaya mendapatkan tiket konsert Taylor Swift itu termasuklah penulis sendiri.

Lebih mengeruhkan keadaan lagi, ramai ‘ulat tiket’ dilihat sudah mula menjual semula tiket konsert berkenaan pada harga yang sangat tidak masuk akal sehingga mencecah RM40,000!

BACA JUGA: ‘Scalper’ Jual Tiket Konsert Taylor Swift Di Singapura Sehingga Cecah RM40,000

BACA JUGA: Lebih 1 Juta Pengguna UOB Sertai Pra-Jualan Tiket Konsert Taylor Swift Hari Ini, 5 Julai


Individu Ditipu RM11,530 Selepas Beli Tiket Taylor Swift Dari Platform Carousell

Perasaan teruja seorang jurutera yang menetap di Sarawak untuk menonton konsert Taylor Swift di Singapura bertukar duka apabila ditipu oleh ‘ulat tiket’.

Memetik laporan Kosmo, lelaki berusia 50an itu dikatakan telah membeli tiket tersebut menerusi platform Carousell pada 6 Julai lalu selepas melihat iklan penjualan tiket konsert Taylor Swift.

Berminat dengan tiket tersebut, lelaki tersebut terus membeli tiga tiket dengan harga RM11,530.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Carousell)

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata mangsa telah membuat pembayaran di sebuah bank di bandar Kuching dengan melakukan tiga kali transaksi ke dalam akaun bank suspek.

Namun selepas pembayaran dilakukan, mangsa memaklumkan suspek tidak dapat dihubungi dan menyedari dirinya telah ditipu.

Susulan itu, mangsa segera membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.


Adakah Penjualan Semula Tiket Dibenarkan Di Sisi Undang-undang Malaysia?

Penjualan semula tiket telah banyak berlaku sebelum ini termasuk bagi konsert Blackpink dan Coldplay. Malah, ia bukan hanya tertakluk kepada industri konsert, tetapi industri bola sepak dan perkhidmatan bas juga.

Tiada mana-mana seksyen dalam Kanun Keseksaan yang menyentuh berkenaan isu penjualan semula tiket. Akan tetapi, ia tidak bermakna penjualan semula tidak salah di sisi undang-undang.

Menurut Ask Legal, walaupun ia bukan suatu jenayah, tindakan sivil masih boleh diambil berdasarkan kontrak yang ada antara pembeli dan ejen penjual tiket.

Di samping itu, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, penjualan semula tiket dengan harga yang terlampau mahal boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599). 

BACA JUGA: Penjualan Semula Tiket Konsert Boleh Dikenakan Tindakan Undang-undang Atau Tidak? Ini Jawapannya

BACA JUGA: Tiket Coldplay Sudah Mula Dijual Semula Oleh ‘Ulat Tiket’ Setelah Pra-Jualan CIMB


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd