Inisiatif Payung RAHMAH Diperluas Ke Pakej Cermin Mata Serendah RM50
Pakej RAHMAH Cermin Mata ini berjaya dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama MOG Eyewear.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini telah memperkenalkan beberapa inisiatif untuk meringankan beban rakyat.
Terbaharu, Payung RAHMAH yang diperkenalkan oleh KPDN kini telah diperluaskan kepada Pakej RAHMAH Cermin Mata dengan harga serendah RM50.
Pelanggan yang mahu menaik taraf kanta mereka dengan ‘blue cut lens’ serta perlindungan sinaran ultra ungu juga boleh berbuat demikian dengan harga RM100 sahaja.
Berdasarkan hantaran dimuat naik oleh beliau di laman Facebook (Salahuddin Ayub), Pakej RAHMAH Cermin Mata ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama sebuah syarikat di bawah pengurusan Metro Optical Group iaitu MOG Eyewear.
Inisiatif Payung RAHMAH yang bermula dengan menu makanan, bakul, rawatan, dan jualan murah, kini diperluaskan kepada Pakej RAHMAH Cermin Mata. Inisiatif ini dijayakan menerusi kerjasama dengan MOG Eyewear, sebuah syarikat di bawah pengurusan Metro Optical Group.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Pakej RAHMAH Cermin Mata ini boleh didapati di 96 cawangan MOG Eyewear di seluruh Malaysia.
Inisiatif Lain Di Bawah Payung RAHMAH Yang Diperkenalkan Oleh KPDN
Pakej RAHMAH yang diperkenalkan oleh KPDN ini telah banyak meringankan beban masyarakat dengan pelbagai tawaran murah yang diberikan termasuklah dari segi makanan, pakaian, barangan dapur, menunaikan haji dan sebagainya.
Menu RAHMAH antara yang mendapat sambutan hangat di seluruh Malaysia selepas hampir 15,000 restoran menawarkan hidangan berkhasiat dengan harga RM5 sahaja.
Antara restoran yang telah menyertai Menu RAHMAH ini termasuklah:
- McDonald’s
- Dominos
- Texas Chicken
- A&W
- Burger King
- OldTown White Coffee
- Bubblebee
- MYDIN
- PLUS
BACA JUGA: 15,000 Restoran Tawar Menu Rahmah RM5 Demi Bantu Golongan B40
BACA JUGA: KFC & Pizza Hut Kini Tawar Menu RAHMAH Dengan RM5 Sahaja!
BACA JUGA: McDonald’s Lancar Menu Rahmah RM5. Siap Dapat Ice Lemon Tea!
Sebelum ini, pihak Lotus’s Malaysia juga melancarkan Inisiatif Payung RAHMAH Lotus’s di bawah kempen RamRaya Sama-Sama Berseri.
Pengenalan Inisiatif Jualan RAHMAH ini menyediakan penjimatan sehingga 50% kepada mereka melalui 6,000 produk apabila membeli-belah di semua cawangan Lotus dan pada platform Lotus’s Shop Online.
BACA JUGA: Lotus’s Malaysia Sertai Program RAHMAH Untuk Bantu Golongan B40 & Yang Memerlukan
BACA JUGA: Selepas Menu Rahmah, Kini Baju Raya Rahmah Pula Bakal Diperkenalkan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.