Lotus’s Malaysia Sertai Program RAHMAH Untuk Bantu Golongan B40 & Yang Memerlukan
Lotus’s Malaysia telah menyumbangkan lebih dari 2.42 juta kilogram makanan bersamaan dengan 10.4 juta makanan kepada individu dan keluarga B10 dan B40 melalui rakan kongsi amal Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Setibanya pertengahan bulan, duit akan semakin berkurang. Orang putih kata ‘money running low’. Manakan tidak, zaman sekarang ini harga barangan keperluan dan juga makanan juga sudah semakin mahal.
Dulu RM50 boleh juga beli bermacam-macam jenis keperluan. Tapi sekarang ini, tak perlu ambil bakul di pasar raya pun barangan keperluan dapur boleh mencecah RM50.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini pihak kerajaan Malaysia telahpun memperkenalkan inisiatif Menu Rahmah bertujuan untuk mengurangkan bebanan kos rakyat Malaysia.
Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh KPDN merupakan hidangan yang ditawarkan pada harga maksimum RM5 dan diwujudkan bagi membantu golongan B40 untuk membeli makanan di restoran dengan harga berpatutan.
Tapi bukanlah kesemua jenis kedai makan menawarkan Menu Rahmah ini. Hanya di lokasi-lokasi tertentu sahaja.
BACA LANJUT: Here Are 10 F&B Brands With New Menu Rahmah Items So You Can Feed Yourself At The End Of The Month
BACA LANJUT: PLUS Bakal Perkenal Menu Rahmah Di Setiap Hentian R&R Tidak Lama Lagi
Lotus’s Malaysia Tampil Sertai Program RAHMAH
Hari ini (14 Mac), bersempena dengan kempen RamRaya Sama-Sama Berseri, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) melancarkan Inisiatif Payung RAHMAH Lotus’s.
Ia merupakan tanda sokongan terhadap program Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai langkah mengurangkan tekanan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Pada majlis itu, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata sokongan yang diperoleh dari Lotus Malaysia sebagai rakan strategiknya adalah satu petanda kejayaan berterusan bagi Inisiatif Payung RAHMAH.

Memperluaskan sokongannya untuk pertumbuhan mampan Malaysia dan usaha berterusan untuk mewujudkan impak positif kepada komuniti kurang berkemampuan di negara ini, Lotus’s komited menyampaikan Jualan RAHMAH, Pakej RAHMAH, Bakul RAHMAH dan Menu RAHMAH mulai hari ini.
Ramai yang merasa tertekan dengan peningkatan kos sara hidup terutamanya golongan B10 dan B40. Kami berharap dengan pengenalan Inisiatif Jualan RAHMAH ini, kami dapat membantu meringankan beban pelanggan kami dengan menyediakan penjimatan sehingga 50% kepada mereka melalui 6,000 produk apabila mereka membeli-belah di semua cawangan Lotus dan pada platform Lotus’s Shop Online kami.
Kenneth, Presiden Lotus’s Malaysia.
Lotus’s Malaysia: 30% Penjimatan Untuk Produk Makanan Asas Di Bawah Pakej RAHMAH
Pelanggan juga boleh menikmati penjimatan daripada 30% untuk produk makanan asas dan barangan kembali ke sekolah di bawah tawaran Pakej RAHMAH. Pada masa sama dapat membeli makanan di bawah Inisiatif Menu Rahmah iaitu yang berharga RM5 di semua medan selera Lotus.
Melalui program komuniti #KitakanJiran Lotus’s, syarikat peruncitan akan menyumbang 1,200 Bakul RAHMAH yang bakal memberi impak kepada 8,000 individu memerlukan di 200 rumah kebajikan dengan akses kepada sayur-sayuran segar, buah-buahan, roti serta barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak sepanjang tahun.

Semangat #KitakanJiran mendorong kami di Lotus’s untuk membantu lebih banyak komuniti di sekeliling kami. Kami juga mempunyai program berterusan dengan rakan amal kami Kechara Soup Kitchen yang dinamakan Sama-Sama Hidup Baru, di mana kami menyediakan makanan, kit kebersihan, sesi gunting rambut percuma dan peluang pekerjaan kepada golongan miskin bandar di stor kami. Pelanggan juga dialu-alukan untuk menyumbang dengan menderma 390 mata My Lotus’s melalui aplikasi Lotus’s Malaysia. Seterusnya, pada Ramadan ini, sukarelawan #KitakanJiran akan menyedia dan mengagihkan 2,000 hidangan Berbuka Puasa kepada komuniti memerlukan di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.
Kenneth, Presiden Lotus’s Malaysia.
Mengulas lanjut, Kenneth turut berkongsi mengenai program sumbangan makanan secara harian dari 65 cawangan Lotus’s di seluruh negara.
Sehingga Disember 2022, Lotus’s Malaysia telah menyumbangkan lebih dari 2.42 juta kilogram makanan bersamaan dengan 10.4 juta makanan kepada individu dan keluarga B10 dan B40 melalui rakan kongsi amal Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen.
Untuk rekod, bermula dari 9 Mac sehingga 10 Mei 2023, kempen Sama-Sama Berseri RamRaya Lotus’s menawarkan para pelanggan diskaun sehingga 50% untuk barangan terpilih dan penjimatan dengan baucar diskaun disediakan dalam bentuk cetakan dan e-katalog.
Turut dipromosikan adalah rekaan pakaian Hari Raya seperti set baju kurung (RM49.90), set Baju Melayu (RM69.90), Kurta (RM39.90) dan set Bayi (RM22.90).
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.