Now Reading
Tealive Tawarkan Minuman RM6 Di Bawah Inisiatif Payung Rahmah Sempena PRN

Tealive Tawarkan Minuman RM6 Di Bawah Inisiatif Payung Rahmah Sempena PRN

Tealive mengadakan promo Pilihan Raya Negeri bagi mengingatkan rakyat untuk keluar mengundi pada 12 Ogos ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tealive pada 24 Julai telah melancarkan kempen Jualan Rahmah di bawah inisiatif Payung Rahmah yang bertujuan untuk mengingatkan rakyat Malaysia untuk beramai-ramai keluar mengundi di Pilihan Raya Negeri di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Digelar ‘Promosi PRN 6 Negeri’, kempen ini menawarkan enam jenis pilihan minuman dengan harga RM6 setiap satu. Kempen ini akan berlangsung sehingga 13 Ogos, sehari selepas hari pengundian, di seluruh negara.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo, menjamin sokongan Tealive terhadap insitiatif Payung Rahmah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Dia berkata bahawa kempen PRN6 ini diwujudkan berikutan kejayaan promo Pilihan Raya Umum yang dijalankan pada tahun lepas.

Pada masa yang sama, Loo mengingatkan para pengundi di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk melaksanakan hak demokratik mereka dalam memilih pemimpin negeri.

Kami percaya mengundi adalah kewajipan sivik setiap rakyat dan ia menunjukkan patriotisme dan cinta anda kepada negara tercinta. Jadi, kami menggesa semua orang untuk hadir dan menjalankan kewajipan anda dengan mengundi pada hari pengundian

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo.

Promosi yang dijalankan oleh Tealive ini meletakkan harga RM6 setiap satu bagi enam jenis minuman berikut:

  1. Bang Bang Milk Tea
  2. Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea
  3. Signature Coco
  4. Hazelnut Milk Tea
  5. Sparkling Mango Tea or Passionfruit Tea with 3Q Jelly
  6. Signature Coffee

Bagi mendapatkan harga promosi ini, pembelian perlu dilakukan menggunakan aplikasi Tealive mulai 24 Julai sehingga 13 Ogos 2023.

Pelanggan perlu memasukkan kod promosi “PRN6” semasa membuat pembayaran untuk menikmati harga RM6 yang ditawarkan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd