Now Reading
KFC & Pizza Hut Kini Tawar Menu RAHMAH Dengan RM5 Sahaja!

KFC & Pizza Hut Kini Tawar Menu RAHMAH Dengan RM5 Sahaja!

Menu RAHMAH kombo KFC dan Pizza Hut ini boleh didapati di 1,227 rangkaian restoran seluruh negara dengan harga RM5.

QSR Brands Tawar Menu RAHMAH Dengan Hanya RM5 Di KFC & Pizza Hut (6)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini (29 Mei) telah menghadiri dan merasmikan Pelancaran Menu RAHMAH KFC dan Pizza Hut di Restoran KFC dan Pizza Hut, Jalan Wangsa Delima, Kuala Lumpur.

Pada hari ini, rangkaian restoran di bawah Syarikat QSR Brands yang merupakan restoran kegemaran keluarga Malaysia MADANI iaitu KFC dan Pizza Hut telah melancarkan Menu RAHMAH dengan kualiti premium pada harga RM5.00 sahaja.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan QSR Brands Mr Nechal Khanna ketika ucapannya menzahirkan penghargaan kepada KPDN kerana memberi peluang kepada pihak QSR Brands untuk bekerjasama dan membantu meringankan masyarakat Malaysia dengan menawarkan Menu RAHMAH.

Ketika di awal pertemuan kami, Datuk Seri Salahuddin Ayub menjelaskan Menu RAHMAH ini bukanlah sekadar membantu rakyat yang susah tetapi juga akan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan QSR Brands, Mr Nechal Khanna.
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan bahawa syarikat yang menyertai Menu RAHMAH telah mencatatkan peningkatan 20% sehingga 30% jualan mereka.

Tambah beliau lagi, penyertaaan KFC dan Pizza Hut dalam Menu RAHMAH ini telah menolak dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bahawa inisiatif kerajaan ini tidak mampu bertahan lama.

Dengan penyertaan Pizza Hut dan KFC dalam Menu RAHMAH, ia sekali gus telah menolak tuduhan beberapa pihak yang mendakwa Menu RAHMAH tidak dapat bertahan lama pada masa akan datang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Apa Yang Anda Boleh Dapat Dengan Hidangan Menu Rahmah RM5 Di KFC Dan Pizza Hut

Menu RAHMAH ini ditawarkan dengan pilihan dua jenis hidangan iaitu:

  • Menu RAHMAH KFC Meal
    • Seketul Ayam
    • Roti Butterscotch
    • Air Mineral
  • Menu RAHMAH Pizza Hut Meal
    • Personal Piza
    • Air Mineral

Hidangan tersebut boleh didapati di 1,227 rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut seluruh negara kecuali Lapangan Terbang, Genting Highlands dan Legoland (bagi Menu RAHMAH KFC Meal) manakala Pizza Hut (PHX) RSA Pagoh dan Genting Highlands (bagi Menu RAHMAH Pizza Hut Meal).


Apa Itu Menu RAHMAH?

Menu RAHMAH adalah inisiatif terbaharu kerajaan dalam membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan yang memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak yang seimbang pada harga RM5.00 dan ke bawah.

Inisiatif Menu RAHMAH terus mendapat sambutan daripada para pengusaha premis makanan dan syarikat-syarikat swasta semenjak ianya dilancarkan pada 31 Januari 2023 yang lalu.

Sumber: Harian Metro/ Astro Awani

Menu RAHMAH adalah inisiatif yang dipelopori oleh pengusaha makanan atau syarikat swasta secara sukarela bagi membantu rakyat Malaysia MADANI yang terkesan dengan kos sara hidup terutama melibatkan kenaikkan harga makanan siap di masak.

KPDN juga telah mewujudkan satu portal bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat lokasi premis menjual Menu RAHMAH yang berdekatan dan peniaga juga boleh mendaftar penyertaan mereka [DI SINI].

KPDN menveru lebih ramai lagi pemain industri khususnya industri restoran dan makanan untuk berganding bahu bersama Keraiaan untuk menjayakan aspirasi ini .

Antara restoran yang telah menyertai Menu RAHMAH ini termasuklah:

  • McDonald’s
  • Dominos
  • Texas Chicken
  • A&W
  • Burger King
  • OldTown White Coffee
  • Bubblebee
  • MYDIN
  • PLUS

BACA JUGA: McDonald’s Lancar Menu Rahmah RM5. Siap Dapat Ice Lemon Tea!

BACA JUGA: 15,000 Restoran Tawar Menu Rahmah RM5 Demi Bantu Golongan B40

BACA JUGA: Here Are 10 F&B Brands With New Menu Rahmah Items So You Can Feed Yourself At The End Of The Month


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd