Now Reading
Anak Salahuddin Sayu Cabut Plat Nama Ayah, Sebak Langkah Masuk Ke Parlimen

Anak Salahuddin Sayu Cabut Plat Nama Ayah, Sebak Langkah Masuk Ke Parlimen

Anak perempuan kepada Allahyarham Salahuddin Ayub bernama Fatihah dilihat memakai kemeja putih milik arwah bapanya ketika hadir ke Parlimen untuk menanggalkan plat nama.

Anak Salahuddin Sayu Cabut Plat Nama Ayah, Sebak Langkah Masuk Ke Parlimen

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 23 Julai lalu, Malaysia telah dikejutkan dengan berita pemergian bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) iaitu Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sekitar jam 9.23 malam.

Artikel Berkaitan: Menteri KPDN, Salahuddin Ayub Meninggal Dunia

Ketiadaan lagi susuk tubuh Salahuddin pastinya memberi kesan yang cukup mendalam lebih-lebih lagi kepada golongan B40 yang telah banyak memanfaatkan inisiatif diwujudkan oleh beliau menerusi Payung RAHMAH.


Anak Salahuddin Sebak Mahu Cabut Plat Nama Allahyarham Di Parlimen

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook anak perempuan kepada Salahuddin dikenali sebagai Fatihah, wanita itu meluahkan rasa sebak apabila mengenangkan bapanya yang telah pergi.

Fatihah yang datang ke Parlimen dengan memakai baju kemeja putih milik Allahyarham dikatakan telah mengalirkan air mata ketika mencabut plat nama bapanya itu di Dewan Rakyat.

Rasa sayu dan sebak sebaik saja saya masuk ke dalam Dewan. Jatuh juga air mata tadi mengenangkan ayah.  Rasa baru seperti semalam kami berkerja keras untuk memenangkan ayah di P161, Parlimen Pulai.

Fatihah Salahuddin.
Sumber: Facebook Fatihah Salahuddin

Jelas Fatihah lagi, Parlimen merupakan keluarga besar buat ayahnya kerana telah berkhidmat menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal pada tahun 2004 sehingga 2013 dan Ahli Parlimen Pulai dari 2018 sehingga 2023.

Secara peribadi, Fatihah turut menganggap perkara yang sama kerana dia berpeluang untuk bekerja dengan Speaker Dewan Rakyat pada tahun 2018 sehingga 2020 sebagai Setiausaha Sulit Tan Sri Ariff.

Kegiatan Fatihah dalam politik kemudiannya diteruskan dengan menjadi pegawai khas kepada Allahyarham pada tahun 2020 sehingga Parlimen dibubarkan pada 2022.

Sepanjang tempoh tersebut, saya diberikan kepercayaan oleh ayah untuk menguruskan segala hal ehwal Parlimen ayah daripada menyediakan soalan-soalan bagi Pertanyaan Jawab Lisan sehinggalah membuat usul untuk ayah.

Fatihah Salahuddin.
Sumber: Facebook Fatihah Salahuddin

Sementara itu, Fatihah turut mengucapkan terima kasih kepada warga Parlimen Malaysia yang telah memberikan perkhidmatan terbaik buat ayahnya.

Kerusi Parlimen Pulai yang dahulunya dipegang oleh Allahyarham kini dipulangkan semula kepada rakyat.

Sudah dua minggu ayah tinggalkan kita semua. Kerusi ini adalah milik rakyat. Datangnya daripada mandat rakyat, pulangnya kepada rakyat yang bakal memilih dan memberi mandat. Al-Fatihah buat ayah.

Fatihah Salahuddin.

Allahyarham Salahuddin Dikenali Sebagai Bapa RAHMAH

Salahuddin dikenali sebagai Bapa RAHMAH kerana menjadi pengasas kepada inisiatif Payung Rahmah yang telah banyak membantu dari segi mengurangkan kos beban hidup rakyat.

Payung RAHMAH yang diperkenalkan oleh Salahuddin pada Januari 2023 dikembangkan kepada pelbagai bahagian seperti Menu RAHMAH, Bakul RAHMAH, Insurans RAHMAH, Cermin Mata RAHMAH dan sebagainya.

Sumber: Facebook Salahuddin Ayub

Antara inisiatif Payung RAHMAH yang paling mendapat sambutan menggalakkan adalah Menu RAHMAH yang menawarkan hidangan serendah RM5 berserta minuman.

Artikel Berkaitan: 15,000 Restoran Tawar Menu Rahmah RM5 Demi Bantu Golongan B40

Artikel Berkaitan: “2 Kali Saya Tengok Harga” – Pelanggan Beri Maklum Balas Tentang Menu Rahmah

Sumber: Facebook Fatihah Salahuddin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd