Now Reading
Menteri KPDN, Salahuddin Ayub Meninggal Dunia

Menteri KPDN, Salahuddin Ayub Meninggal Dunia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sekitar jam 9.23 tadi (23 Julai 2023).

Khabar duka tersebut disahkan Setiuasaha Akhbar beliau, Syakirin Husnal menerusi satu kenyataan media.

“Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Salahuddin Ayub telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 23 Julai 2023 jam 9.23 malam.”

Menurut beliau, jenazah Timbalan Presiden Parti Amanah itu sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke rumah ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai.

“Sehubungan dengan itu, pihak keluarga Allahyarham ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas doa dan ingatan yang diberikan terhadap Allahyarham selama ini.

“Keluarga Allahyarham juga ingin berterima kasih kepada semua doktor dan petugas di HSB,” kata kenyataan itu lagi.

Pihak Pejabat Menteri KPDN juga akan memberikan maklumat lanjut mengenai proses pengurusan jenazah dalam masa terdekat.

Seorang sahabat yang setia – PM Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan rasa duka di atas pemergian beliau.

Beliau menerusi satu ciapan di Twitter berkata, Allahyarham merupakan seorang sahabat yang setia selain kehilangannya begitu besar buat beliau dan keluarga.

“Secara peribadi, ianya satu kehilangan besar buat diri saya dan keluarga, dan saudara Salahuddin teguh bersama dalam perjuangan yang panjang ini sehingga ke akhir hayat. Jasa dan budinya tentunya tidak termampu dibalas secara materi.

“Beliau dikenali kerana punyai sikap keperibadian yang tinggi, sama ada kepada kawan mahupun lawan. Sosok yang kuat bekerja dan sangat taat pada amanah dan tanggungjawab.

“Berehatlah, sahabatku. Semoga Allah SWT memberi kesabaran yang tinggi buat keluargamu, mengampunkan segala dosamu dan semoga saudaraku Salahuddin diberikan tempat yang istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah,” luah Anwar menerusi bebenang di Twitter.

Terdahulu arwah telah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSB pada Jumaat malam (21 Julai) untuk rawatan kecemasan akibat mual dan muntah-muntah sebelum disahakan mengalami pendarahan otak.

Beliau kemudian terus menjalani pembedahan pada keesokan paginya sebelum ditidurkan di bawah pengawasan rapi pakar pembedahan dan perubatan HSB.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd