Now Reading
Bot Terbalik Di Teluk Batik Ragut Nyawa Seorang Wanita, Netizen Dakwa Bot Tak Sediakan Jaket Keselamatan

Bot Terbalik Di Teluk Batik Ragut Nyawa Seorang Wanita, Netizen Dakwa Bot Tak Sediakan Jaket Keselamatan

Sembilan orang mangsa terlibat dalam insiden bot terbalik di pantai Teluk Batik dan seorang mangsa wanita disahkan telah meninggal dunia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kawasan pantai yang menjadi tempat tumpuan pelancong sering menyediakan pelbagai aktiviti air seperti menaiki bot, parasailing dan banana boat. Ketika menjalankan aktiviti ini, pelancong akan diberikan jaket keselamatan untuk mengelak daripada berlaku perkara tidak diingini.

Malang tidak berbau apabila satu kejadian bot terbalik berlaku di pantai peranginan Teluk Batik di Manjung, Perak semalam (28 Ogos). Video insiden itu telah tular di akaun TikTok milik pengguna @cepetcep.

@cepetcep kejadian pagi tadi di teluk batik , boat terbalik yang sedang membawa penumpang . #telukbatikperak🌴🌊 #telukbatik #fyp ♬ original sound – CEP

Dapat dilihat bahawa orang awam turut membantu menyelamatkan mangsa yang terlibat dengan insiden tersebut.

Menjenguk ke ruangan komen, beberapa individu mendakwa bot yang dinaiki pelancong tidak menyediakan jaket keselamatan.

Malah, seorang penduduk Lumut dan yang biasa ke kawasan berkenaan berkata bot di sana sering dibawa dengan terlalu laju.

Satu video turut dikongsi oleh akaun TikTok milik UtusanTV (@utusantvofficial). Dapat didengari di dalam video bahawa mereka yang menaiki bot berkenaan sememangnya tidak memakai jaket keselamatan.

@utusantvofficial Kejadian melibatkan pelancong tempatan yang kesemua berusia antara tiga hingga 34 tahun itu pada 10.58 pagi. Salah seorang mangsa remaja OKU. #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok #manjung #serimanjung ♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Orang Awam Beri Bantuan CPR Pada Mangsa Lemas

Berdasarkan sumber, insiden terbabit berlaku sekitar jam 10.45 pagi semalam (28 Ogos) dan melibatkan tujuh orang pelancong tempatan serta dua kru. Kesemua mangsa berusia antara lingkungan tina hingga 34 tahun.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata orang awam pantas bertindak setelah bot tersebut terbalik dan berjaya menolong semua mangsa ke darat.

Bomba menerima panggilan daripada orang awam pada jam 10.58 pagi dan jentera tiba tepat pada jam 11.15 pagi. Sebaik sampai di lokasi kejadian, didapati semua mangsa telah dibawa ke darat oleh orang awam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon.

Daripada sembilan mangsa itu, dua mangsa lemas dan terpaksa diberikan rawatan kecemasan. Seorang merupakan remaja lelaki kurang upaya (OKU) berusia 17 tahun, manakala seorang lagi adalah wanita 34 tahun.

Kedua-dua mangsa diberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) oleh orang awam, namun hanya remaja lelaki berkenaan yang sedarkan diri. Dia kemudiannya dibawa ke hospital oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba.

@ajvtec kejadian yang tak diingini#budakkampung #ambulance #fyppppppppppppppppppppppp #hospital #PEJUANGBRGLAMA🥰🥰🥰 ♬ Hidup Ini Mahal – Andre Mastijan

Mangsa Lemas Wanita Disahkan Meninggal Dunia

Mangsa wanita tidak sedarkan diri dan diberikan rawatan oleh seorang anggota Kementerian Kesihatan (KKM) dan disahkan mempunyai nadi sebelum dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM) menaiki ambulans KKM.

Namun begitu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner, Mohamed Nordin Abdullah berkata mangsa, Nurulafiqah Abdullah Sani, disahkan telah meninggal dunia pada 4.58 pagi ini ketika diberi rawatan di hospital berkenaan.

Suami mangsa, Mohammad Hafiz Johari, telah dimaklumkan oleh doktor bertugas ketika berada di HSM mengenai berita pemergian isterinya.

Menurut Mohamed Nordin, pemeriksaan fizikal yang dilakukan mengesahkan bahawa tiada unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Jenazah telah dibawa pulang ke kampung halaman mangsa di Tanjung Piandang, Kuala Kurau dan dikebumikan selepas solat Zohor.

Sumber: Astro Awani | Sinar Harian | Kosmo!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd