Now Reading
2 Pekerja Kilang Maut & 2 Lagi Cedera Kerana Gas Meletup Di Puchong

2 Pekerja Kilang Maut & 2 Lagi Cedera Kerana Gas Meletup Di Puchong

Kejadian letupan tersebut dilaporkan berlaku di dalam sebuah kilang yang berkeluasan 30×60 kaki, dan dua individu maut dipercayai pekerja kilang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (23 Februari) penduduk di sekitar kawasan Taman Perindustrian Puchong, digemparkan dengan berita letupan gas acetylene yang berlaku di sebuah kilang.

Insiden letupan itu telah menyebabkan dua individu maut manakala dua lagi alami kecederaan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar bomba menerima panggilan berhubung insiden tersebut pada jam 10.14 pagi.

Bomba sedang buat kerja ventilasi keluarkan gas

Susulan itu seramai 24 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, Subang dan Cyberjaya telah dihantar ke tempat kejadian.

“Apabila tiba di lokasi, didapati letupan melibatkan gas acetylene di sebuah kedai.

“Pemeriksaan mendapati terdapat empat orang mangsa yang terlibat iaitu dua meninggal dunia manakala dua lagi cedera,” jelasnya, lapor Kosmo.

2 pekerja meninggal dunia dipercayai pekerja kilang

Menurut Komander Operasi Kanan, PKPgB Muhammad Azizul Hakim bin Idris kejadian letupan berlaku di dalam sebuah kilang berkeluasan 30×60 kaki.

Difahamkan dua mangsa yang meninggal dunia merupakan pekerja kilang berkenaan.

“Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan dengan mengeluarkan kesemua mangsa dari kawasan letupan. Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada petugas perubatan daripada KKM bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Manakala, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Susulan itu, kerja-kerja ventilasi sedang dijalankan bagi mengeluarkan gas tersebut yang masih lagi berada dalam premis berkenaan.

“Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) turut berada di lokasi.

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd