Now Reading
Proton X50 Ditenggelami Banjir 1 Jam Selepas Keluar Dari Showroom

Proton X50 Ditenggelami Banjir 1 Jam Selepas Keluar Dari Showroom

Walaupun kereta baru itu ditenggelami banjir kilat, namun pemilik kenderaan tersebut sempat mengambil insurans perlindungan peril khas untuk bencana alam bagi menampung kos baik pulih.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Momen untuk mendapatkan kereta baru adalah detik paling ditunggu-tunggu oleh seseorang selepas berjaya menabung dan membuat simpanan dalam tempoh yang lama.

Bagi sesetengah individu, pembelian kereta baru merupakan satu bentuk kejayaan buat diri sendiri setelah berusaha bersungguh-sungguh selama ini.

Namun, lain pula yang terjadi kepada sebuah pasangan apabila kereta baru milik mereka musnah akibat bencana alam.


Kereta Baru Ditenggalami Banjir Lepas 1 Jam Keluar Showroom

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman Facebook Azhazul Azri, apabila dia berkongsi kisah sebuah pasangan yang terpaksa menerima hakikat bahawa kereta baru mereka ditenggelami banjir selepas hanya sejam keluar daripada bilik pameran (showroom).

Difahamkan, kereta jenis Proton X50 itu ditenggelami air pada Sabtu lalu (16 Disember) di Puchong, Selangor selepas berlakunya bencana banjir kilat.

Menerusi hantaran itu, adik kepada Azhazul yang merupakan jurujual kereta berkenaan telah sempat bergambar dengan pemilik kenderaan pada jam 5 petang sebelum kejadian dilaporkan terjadi sejam selepasnya.

“Banjir adalah risiko yang kita tak boleh kawal. Masuk mall cuaca panas. Pergi makan pergi solat, keluar mall kereta dah tenggelam,” ujarnya.

Terdahulu, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah mengeluarkan amaran awal banjir di sepanjang Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran pusat beli belah IOI Mall Puchong.

Menurut laman Sistem Pemantauan Aras Air MBSJ, setakat pukul 9.25 malam kelmarin, paras air di kawasan terbabit merekodkan ketinggian 3.06 meter.


Pemilik Kereta Ambil Insurans Perlindungan Bencana Alam

Walaupun kereta baru sudah tenggelam, namun pelanggan tersebut bernasib baik kerana sempat mengambil insurans perlindungan tambahan bencana alam yang dipanggil sebagai perlindungan peril khas (special perils cover).

Oleh disebabkan itu, segala kos baik pulih kenderaan baru tersebut dilindungi insurans.

“Kalau kereta canggih tenggelam banjir macam ni, sepuluh ribu pun tak cukup nak restore,” tambahnya.

Sumber: Facebook Azhazul Azri

Reaksi Netizen Lihat Kereta Baru Ditenggelami Banjir

Menjengah ke ruangan komen, terdapat netizen yang turut meluahkan rasa simpati terhadap pemilik kenderaan tersebut.

“Walaupun ada insurans, perasaan sudah tak sama. Feeling kereta baru tu terus hilang,” jelas seorang lelaki.

Dalam pada itu, ramai juga pengguna laman Facebook yang memberi nasihat serta mengingatkan orang awam untuk mendapatkan insurans perlindungan kenderaan sekiranya bencana alam berlaku.

“Yang lain kena beringat untuk ambil coverage bencana alam, cuaca di Malaysia tidak menentu,” kata seorang warganet.

Sumber: Facebook Azhazul Azri

Panduan Penjagaan Kenderaan Ketika Musim Banjir

Di sini kami kongsikan beberapa panduan penjagaan kenderaan ketika musim banjir yang anda perlu tahu. Take note!

Antaranya:

  • Parkir kenderaan di tempat selamat iaitu di kawasan tinggi dan tidak mudah banjir.
  • Pandu kenderaan pada gear rendah dengan mengekalkan momentum pemanduan.
  • Pandu perlahan dalam banjir kerana memandu laju boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman.
  • Sebelum air banjir mencapai ekzos kenderaan, tutup lubang ekzos dengan sesuatu barang yang padat dan kalis air.
  • Periksa keadaan kenderaan selepas banjir surut untuk menilai kerosakan sama ada air banjir telah menenggelamkan keseluruhan kenderaan, memasuki bahagian enjin dan sebagainya.
  • Tanggalkan terminal bateri dan keluarkan dari kereta agar tidak berlaku litar pintas sistem elektronik.
Sumber: Unsplash

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mangsa Banjir Di Bangi Terpaksa Cedok Air Keluar Daripada Kereta BMW

Baca Artikel Berkaitan: Ini Langkah Keselamatan & Panduan Penjagaan Kenderaan Ketika Musim Banjir

Baca Artikel Berkaitan: “1 Rumah, 1 Beg Kecemasan” – Ini Senarai Barang Perlu Ada Dalam Beg Bencana Banjir


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd