Now Reading
Ini Langkah Keselamatan & Panduan Penjagaan Kenderaan Ketika Musim Banjir

Ini Langkah Keselamatan & Panduan Penjagaan Kenderaan Ketika Musim Banjir

TLDR; Jangan membahayakan diri atau ambil risiko untuk memandu ketika banjir.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, keadaan hujan berterusan di sekitar Lembah Klang dan pantai timur Semenanjung memperlihatkan beberapa kawasan telah terjejas dek banjir musim tengkujuh kali ini.

Menjengah di media sosial, sejumlah besar pengguna jalan raya turut terkandas di dalam kereta dan beberapa lokasi lain berikutan laluan ke rumah mereka telah ditenggelami air.

Malah, ada yang terkandas di dalam kereta sehingga lebih daripada 8 jam!

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) kini telah mengeluarkan amaran hujan berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia.

Amaran merah (RED ALERT) telah dikeluarkan di lapan daerah Selangor dan di Kuala Lumpur sehingga hari ini, Ahad (19 Disember).

BACA JUGA: MetMalaysia Beri Amaran Hujan Berterusan Di Beberapa Buah Negeri


Langkah Praktikal Hadapi Banjir

Keadaan banjir di sekitar Shah Alam.
(Kredit: Bernama/The Sun Daily)

Oleh itu, jika anda tinggal berhampiran sungai dan kawasan berisiko banjir ambil langkah langkah-langkah berjaga berikut untuk mengurangkan impak kerosakan harta benda dan ancaman keselamatan.

  • Cas telefon dan power bank.
  • Jangan keluar jika tidak perlu.
  • Pindahkan kereta jauh dari sungai.
  • Kumpulkan kesemua dokumen penting dan letak dalam satu beg.
  • Jika anda tinggal di tingkat bawah berhampiran sungai, mula memindahkan barang ke tempat yang lebih tinggi.
  • Jika anda tinggal di apartmen yang berisiko banjir di ruang bawah tanah, bercakap dengan pihak pengurusan untuk mengatur penempatan semula kereta anda.

Panduan Penjagaan Kenderaan Ketika Musim Banjir

Kredit: Carsome
  • Parkir kenderaan di tempat selamat iaitu di kawasan tinggi dan tidak mudah banjir.
  • Pandu kenderaan pada gear rendah dengan mengekalkan momentum pemanduan.
  • Pandu perlahan dalam banjir kerana memandu laju boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman.
  • Sebelum air banjir mencapai ekzos kenderaan, tutup lubang ekzos dengan sesuatu barang yang padat dan kalis air.
  • Periksa keadaan kenderaan selepas banjir surut untuk menilai kerosakan sama ada air banjir telah menenggelamkan keseluruhan kenderaan, memasuki bahagian enjin, dan sebagainya.
  • Tanggalkan terminal bateri dan keluarkan dari kereta agar tidak berlaku litar pintas sistem elektronik.
  • Jangan sesekali hidupkan enjin kenderaan kerana berpotensi berlaku litar pintas.
  • Periksa batang celup (dipstick) kenderaan. Jika melebihi amaun sepatutnya ia bermasud enjin sudah dimasuki air.
  • Disarankan untuk keluarkan petrol yang telah bercampur dengan air untuk mengelakkan kerosakan lebih serius pada enjin.
  • Komponen dalam kereta yang boleh ditanggalkan seperti radio perlu dikeringkan.
  • Bersihkan kusyen kenderaan untuk mengelakkan bau.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd