Now Reading
[Video] Mangsa Banjir Di Bangi Terpaksa Cedok Air Keluar Daripada Kereta BMW

[Video] Mangsa Banjir Di Bangi Terpaksa Cedok Air Keluar Daripada Kereta BMW

Seorang lelaki yang tinggal di kampung 57 D’Rinch, Bangi Lama terpaksa mencedok air banjir bertakung daripada bahagian kaki tempat duduk pemandu kereta BMW miliknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Selasa (7 November), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan hujan lebat yang bermula pada awal bulan November dijangka berterusan sehingga Mac tahun hadapan berikutan musim tengkujuh.

Oleh disebabkan hujan lebat tersebut, beberapa kawasan di Pantai Timur Malaysia dilaporkan telah mengalami banjir teruk sehingga menyebabkan penduduk terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Banjir tersebut turut melanda beberapa kawasan di Bangi, Selangor.


Lelaki Cedok Air Banjir Keluar Daripada Kereta BMW

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@azrul.khilmy) menunjukkan seorang pemilik kereta BMW sedang mencedok air banjir yang bertakung dalam kenderaannya.

Lelaki tersebut dilihat sedang mengeluarkan air banjir yang banyak daripada bahagian kaki di tempat duduk pemandu kereta itu menggunakan gayung.

Sebelum ini, Muhammad Azrul telah memuat naik satu video menyaksikan situasi banjir di kampungnya sekitar 57 D’Rinch, Bangi Lama, Semenyih.

Menurut Azrul, air banjir yang telah mencecah paras pinggang itu merupakan banjir terburuk pernah berlaku di kawasan tersebut.

Tambahnya, kesemua kereta penduduk di kampung berkenaan telah ditenggelami air berikutan bencana banjir yang berlaku pada 5 November lalu.

Sumber: TikTok (@azrul.khilmy)

Reaksi Netizen Lihat Kereta BMW Dipenuhi Air Banjir

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih melihat nasib Azrul apabila kereta ditenggelami air.

“Ya Allah kasihannya tengok kereta. Semoga Allah SWT gantikan rezeki yang lebih baik buat tuan sekeluarga,” ujar seorang lelaki.

Ada juga netizen berkata bahawa dia terpaksa membatalkan niat untuk membina rumah di kawasan tersebut kerana bencana banjir yang diramal bakal berlaku lagi.

“Saya ada survey tanah dekat Bangi Lama untuk buat rumah. Tetapi tidak jadi sebab banjir di kawasan tersebut bakal kerap terjadi pada masa akan datang,” jelas seorang netizen.

Seorang individu yang mengusahakan perniagaan mencuci kereta turut meminta Azrul untuk menghubunginya sekiranya mahu membersihkan kereta yang terjejas akibat banjir.

“Kalau nak cuci kereta boleh panggil kami dengan kadar segera. Kereta banjir tidak boleh dibiarkan lama sebab akan berkulat,” kata seorang lelaki.

https://www.tiktok.com/@azrul.khilmy/video/7298253429862829320?
Sumber: TikTok (@azrul.khilmy)

Tips Persediaan Hadapi Banjir

Menerusi perkongsian di laman web Majlis Keselamatan Negara, terdapat beberapa tips yang anda boleh lakukan sebelum menghadapi bencana banjir.

Info tersebut perlu diambil perhatian bagi memastikan diri anda bersiap sedia. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Antaranya petua disenaraikan adalah:

  • Menyimpan barangan berharga dan dokumen penting dalam beg kalis air.
  • Menyimpan air bersih untuk minum dan mandi.
  • Mengenal pasti lokasi Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan yang terdekat.
  • Menyediakan peralatan kecemasan secukupnya seperti ‘first aid’.
  • Mempunyai power bank untuk kegunaan kecemasan.
  • Bersiap sedia untuk pindah sekiranya diarah oleh pihak berkuasa.

Selain itu, anda disarankan untuk menyediakan satu beg kecemasan atau dikenali sebagai ‘go bag’.

Baca Artikel Berkaitan: “1 Rumah, 1 Beg Kecemasan” – Ini Senarai Barang Perlu Ada Dalam Beg Bencana Banjir

Sumber: Freepik

Baca Artikel Berkaitan: Solat Ketika Banjir Jadi Persoalan Netizen. Sah Atau Tidak?

Baca Artikel Berkaitan: Banjir Di Johor, Sabah & Pahang Semakin Teruk, Jumlah Mangsa Dipindahkan Bertambah

Baca Artikel Berkaitan: Nak Solat Ketika Banjir Tapi Tiada Air Di PPS? Ini Panduan Penting Untuk Anda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd