Now Reading
Solat Ketika Banjir Jadi Persoalan Netizen. Sah Atau Tidak?

Solat Ketika Banjir Jadi Persoalan Netizen. Sah Atau Tidak?

Seorang pemuda dilihat sedang menunaikan solat fardu dalam kawasan banjir yang deras.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menunaikan solat fardu adalah satu kewajipan bagi setiap umat Islam tidak kiralah di mana anda berada.

Hal berkaitan solat ini tidak boleh dipandang ringan kerana hukumnya berdosa besar jika ditinggalkan dengan sengaja.

Walaupun anda sedang dalam keadaan sulit, carilah cara yang mudah untuk menyempurnakan ibadah ini.


Individu Dilihat Sedang Solat Dalam Kawasan Banjir

Semalam (2 Oktober), seorang pengguna laman X (Twitter @NAAdhaRaz) telah memuat naik satu ciapan menyaksikan seorang lelaki yang sedang menunaikan solat dalam bencana banjir.

Menerusi video itu, kelihatan individu lelaki dengan tenang menunaikan solat dalam keadaan air sedang mengalir deras.

Bukan itu sahaja, sebuah kereta berwarna hitam turut dilihat menjadi penghadang kepada lelaki itu untuk menunaikan ibadah tersebut.

Berasa tidak pasti dengan cara lelaki itu mengerjakan solat, pengguna bernama Adha telah mengemukakan soalan kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tentang pandangan beliau mengenai video berkenaan.


Dr Zulkifli Perjelas Hukum Solat Di Dalam Kawasan Banjir

Membalas kepada persoalan tersebut, Dr Zulkifli menerusi akaun X (Twitter @drzul_albakri), telah menjelaskan tentang isu yang diketengahkan oleh warganet.

Menurutnya, solat dalam banjir tidak menjadi satu masalah selagi ianya selamat. Jelasnya, konsep solat ini adalah sama seperti bagaimana umat Islam solat ketika berlaku peperangan.

Jika dilihat daripada konteks lain, pemuda tersebut telah menzahirkan disiplin yang tinggi sebagai seorang Muslim kerana sanggup solat dalam keadaan yang sulit.

“Tetap solat semampu yang mungkin dalam apa jua keadaan,” kata Dr Zulkifli.


Ramai Masyarakat Terkesan Dengan Banjir Yang Berlaku Di Kedah

Negeri Kedah baru-baru ini telah dilanda banjir bermula hujung September lalu. Rata-rata penduduk setempat terkejut apabila kawasan perumahan yang disangkakan selamat dinaiki air.

Antara kawasan yang dinaiki air adalah Kampung Paya Nong Mi. Menurut penduduk di sana, kali terakhir kampung itu dilanda banjir adalah 13 tahun lalu.

Dalam masa sama, banjir kilat yang berlaku di Kampung Iboi Kedah telah menyebabkan tiga jambatan jajaran Sungai Kupang dilaporkan runtuh pada 28 September 2023.

Oleh kerana bencana banjir teruk, ramai penduduk yang terjejas terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Terkini, susulan banjir yang semakin surut, jumlah mangsa banjir dilaporkan menurun kepada 67 orang daripada 114 orang pada Ahad (1 Oktober).

Sumber: Malay Mail

Baca Artikel Berkaitan: Banjir Di Johor, Sabah & Pahang Semakin Teruk, Jumlah Mangsa Dipindahkan Bertambah

Baca Artikel Berkaitan: Nak Solat Ketika Banjir Tapi Tiada Air Di PPS? Ini Panduan Penting Untuk Anda

Baca Artikel Berkaitan: Elak Terkena Renjatan Elektrik, TNB Kongsi Langkah Keselamatan Ketika Banjir

Sumber: X (Twitter @drzul_albakri)| Kosmo | Buletin TV3


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd