Now Reading
“1 Rumah, 1 Beg Kecemasan” – Ini Senarai Barang Perlu Ada Dalam Beg Bencana Banjir

“1 Rumah, 1 Beg Kecemasan” – Ini Senarai Barang Perlu Ada Dalam Beg Bencana Banjir

Anda juga boleh mendapatkan beg kalis air (waterproof bag), inflatable boat, casing telefon antibasah, khemah, dan lain-lain peralatan yang anda rasa diperlukan oleh individu di rumah.

beg keselamatan banjir

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru ini telah mengeluarkan amaran bahawa Malaysia akan mengalami hujan lebat yang berterusan pada pertengahan November. Ini juga akan membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan tersebut.

BACA LANJUT: MetMalaysia Ramal Banjir Besar Pada Hujung November

Menurut laporan, cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan oleh kerana Monsun Timur Laut aktif pada tempoh berkenaan. Risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah menjelaskan perkara yang perlu dibimbangkan ialah jika berlaku luruan monsun atau kemunculan sistem tekanan rendah, menyebabkan hujan berterusan akan berlaku di negeri-negeri yang berpotensi menyebabkan banjir.

Jika berlaku luruan monsun yang kuat dan serentak dengan kemunculan sistem tekanan rendah, maka risiko untuk berlaku banjir besar adalah tinggi. Luruan monsun yang signifikan biasanya akan bermula pada Disember.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah kepada Berita Harian.

Persiapan Awal Banjir

Rakyat Malaysia mungkin sudah belajar daripada kesilapan lalu ketika berlakunya banjir besar pada Disember 2021. Oleh yang demikian, berikut merupakan beberapa persiapan awal banjir yang perlu dilakukan sebelum bencana ini melanda sekali lagi.

  • Mendengar hebahan semasa menerusi televisyen, radio, agensi-agensi kerajaan, serta Bilik Gerakan Banjir Negeri.
  • Memastikan di mana lokasi pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat masing-masing.
  • Menyediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan yang secukupnya.

Langkah-langkah keselamatan pula adalah:

  • Memindahkan segala barangan berharga, perabot dan barangan bahaya seperti racun perosak ke tempat yang lebih tinggi.
  • Memutuskan sambungan peralatan elektrik.
  • Menutup api dan gas.

1 Rumah, 1 Beg Kecemasan

Berikut pula adalah perkara yang paling penting perlu disediakan sebelum bencana banjir melanda, iaitu beg kecemasan untuk setiap rumah yang penuh dengan barangan seperti:

  • Dokumen penting.
  • Pakaian, kasut dan selimut.
  • Lampu suluh dan bateri.
  • Kit Bantuan Kecemasan & ubat-ubatan.
  • Wisel.
  • Makanan tahan lama.
  • Air.
  • Radio mini mudah alih berbateri.
  • Kit kebersihan.
  • Telefon dan powerbank.
  • Wang ringgit.

Walau bagaimanapun, anda juga boleh mendapatkan beg kalis air (waterproof bag), inflatable boat, casing telefon antibasah, khemah, dan lain-lain peralatan yang anda rasa diperlukan oleh individu di rumah.

Yang penting, perlu siapsiaga menghadapi bencana alam pada bila-bila masa.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd