Operator Kren Di Persiaran KLCC Temui Ajal Dalam Kabin Pada Ketinggian 20 Meter
Keadaan individu berusia 27 tahun yang sudah lagi tidak benyawa disedari oleh rakan sekerjanya sebelum menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ajal maut seseorang telah ditentukan oleh Allah SWT dan tidak akan lewat atau cepat walau sesaat tanpa mengira umur serta keadaan.
Sebagai umat Islam, kita wajib percaya tentang perkara ini kerana semua manusia yang hidup pasti akan meninggal dunia.
Antara impian setiap umat Islam adalah untuk meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah iaitu suatu pengakhiran kehidupan dalam keadaan suci dan damai.
Operator Menara Kren Meninggal Dunia Dalam Kabin Ketika Sedang Bertugas
Berita kematian seorang pekerja kren semalam (16 November) telah mengejutkan orang ramai kerana arwah dijemput ajal ketika berada di dalam menara kren berketinggian 20 meter.
Memetik sumber Harian Metro, Allahyarham pada ketika itu sedang bertugas di tapak pembinaan terletak di Persiaran KLCC.
Keadaan individu berusia 27 tahun yang sudah lagi tidak benyawa disedari oleh rakan sekerjanya sebelum menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan.
Komander Operasi Kanan JBPM Mior Muhammad Fikri Mohd Zaini berkata bahawa pihak Pusat Gerakan Operasi JBPM telah menerima panggilan pada 5.43 petang sebelum bergegas ke lokas kejadian bersama 10 orang anggota.

Sebaik tiba di lokasi pada 5:50 petang, pasukan mendapati mangsa yang bekerja sebagai operator kren menara tidak sedarkan diri di dalam kabin. Pemeriksaan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Komander Operasi Kanan JBPM Mior Muhammad Fikri Mohd Zaini.
Jenazah mangsa dibawa turun kira-kira jam 7:46 malam daripada kren menggunakan bantuan kren di menara bersebelahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya menyatakan bahawa mayat lelaki warga tempat itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tujuan bedan siasat.
Setakat ini, punca kematian masih belum dikenal pasti dan kes berkenaan kini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Sahabat Arwah Turunkan Mayat Jenazah Guna Kren Bersebelahan
Dalam satu video yang dimuat naik di laman TikTok (@jejakasederhana), lelaki ini menunjukkan detik di mana jenazah dibawa turun menggunakan kren yang dikendalikan oleh salah seorang rakannya.
Khidmat terakhir seorang sahabat turunkan jenazah sahabatnya sendiri. Selamat jalan Daniel. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Pengguna TikTok
Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih 2.2 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Netizen Ucap Takziah Kepada Keluarga Arwah
Di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan mendoakan agar jenazah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Ada juga netizen bertanya sekiranya arwah mempunyai sebarang penyakit yang dihidapi dan menjadi penyebab kepada kematiannya.
Pada masa sama, segelintir netizen pula mengatakan bahawa seseorang yang dijemput ajal ketika mencari rezeki juga boleh dipermudahkan untuk masuk ke syurga.

Baca Artikel Berkaitan: Pengurus Kanan KWSP Ajal Dalam Sujud Ketika Solat Dhuha
Baca Artikel Berkaitan: Ajal Dijemput Ketika Beri Kuliah Subuh, Pemergian Pensyarah USIM Dicemburui Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Anak Syurga” – Kanak-kanak 4 Tahun Meninggal Dunia Ketika Tunai Umrah Di Madinah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.