Now Reading
Ajal Dijemput Ketika Beri Kuliah Subuh, Pemergian Pensyarah USIM Dicemburui Ramai

Ajal Dijemput Ketika Beri Kuliah Subuh, Pemergian Pensyarah USIM Dicemburui Ramai

Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Mohd Soberi Awang dipercayai telah mengadu sakit dada sebelum meninggal dunia ketika sedang menyampaikan kuliah Subuh.

pensyarah USIM meninggal dunia kuliah subuh

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai penganut agama Islam, kita wajib percaya bahawa ajal maut telah ditentukan oleh Allah SWT kerana semua manusia yang hidup pasti akan meninggal dunia tanpa mengira umur dan keadaan.

Ajal seseorang tidak akan dilambat atau dipercepatkan walau sesaat.

Antara impian setiap umat Islam adalah untuk meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah iaitu suatu pengakhiran kehidupan dalam keadaan suci dan damai.

Artikel Berkaitan: Kematian Yang Dicemburui, Ustazah Meninggal Dunia Sewaktu Pimpin Bacaan Al-Quran

Artikel Berkaitan: [Video] Jemaah Meninggal Dunia Lepas Tanya Soalan Ingin Bertemu Rasulullah SAW


Pensyarah USIM Meninggal Dunia Ketika Sampaikah Kuliah Subuh

Berbicara tentang husnul khatimah, baru-baru ini seorang pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Ustaz Dr Mohd Soberi Awang dikhabarkan telah meninggal dunia semalam (30 Julai).

Difahamkan Allahyarham telah meninggal dunia kira-kira jam 7:55 pagi di Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9, Shah Alam ketika sedang menyampaikan kuliah Subuh.

Sebelum Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berkenaan dijemput ajal, Allahyarham dikatakan mengadu sakit pada bahagian dada sebelum rebah dan tidak menyedarkan diri.

Semasa situasi tersebut berlaku, beberapa jemaah mendekati Allahyarham untuk memberikan pertolongan sebelum disahkan menghembuskan nafas terakhirnya.

Jenazah beliau kemudiannya disolatkan di Surau Ittihadiyah selepas waktu Maghrib dan dibawa ke Kemaman, Terengganu.

Sumber: Berita Al-Hijrah

Ramai Ucap Takziah Atas Pemergian Allahyarham Dan Mencemburui Pemergiannya

Berita tentang pensyarah yang meninggal dunia ketika sedang menyampaikan kuliah waktu Subuh menjadi perbualan ramai kerana cemburu melihat cara pemergiannya yang dianggap begitu mulia.

Berdasarkan komen dari netizen, pensyarah berkenaan difahamkan sudah lima hari mengadu sakit dada tetapi masih menggagahkan diri untuk menyampaikan ilmu agama kepada para jemaah.

Dalam pada itu, mereka turut mendoakan agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.


Tanda-tanda Pemergian Dengan Cara Husnul Khatimah

Pemergian dalam cara yang baik atau disebut sebagai ‘husnul khatimah’ merupakan sesuatu yang sangat mulia dalam Islam.

Antara tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan ‘husnul khatimah’ adalah:

  • Sempat melafazkan dua kalimah syahadah sebelum meninggal dunia.
  • Meninggal dunia pada malam atau hari Jumaat.
  • Dahi berpeluh.
  • Diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk sentiasa melakukan ibadah.
  • Menghidap penyakit berkaitan perut.
  • Meninggal dalam keadaan lemas, jatuh bangunan atau syahid di jalan Allah SWT.
  • Meninggal ketika melahirkan anak.
  • Meninggal dunia ketika mempertahankan harta dan maruah diri.
  • Meninggal dunia kita melakukan amal soleh.

Semoga kita semua diberikan pengakhiran kehidupan dalam keadaan yang baik juga. Amin.

Sumber: Berita Al-Hijrah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd