Now Reading
[Video] Jemaah Meninggal Dunia Lepas Tanya Soalan Ingin Bertemu Rasulullah SAW

[Video] Jemaah Meninggal Dunia Lepas Tanya Soalan Ingin Bertemu Rasulullah SAW

Jemaah tersebut tiba-tiba mengalami sesak nafas dan tidak menyedarkan diri ketika sedang bersandar di dinding.

https://www.instagram.com/p/CVpJ6BMB0iB/?utm_source=ig_web_copy_link

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Nabi Muhammad atau Rasulullah SAW merupakan insan yang paling disanjungi dalam kalangan umat Islam.

Setiap umatnya pasti mempunyai cita-cita untuk bertemu insan istimewa ini di akhirat kelak.

Bila baca balik sejarah mengenai Islam, kita akan rasa terharu apabila mengetahui susah payah Nabi Muhammad SAW mahu memperjuangkan Islam dan umatnya.

Sebab itu Islam menggalakkan kita untuk sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan berdoa agar dapat bertemu Baginda suatu hari nanti.

Jemaah meninggal selepas tanya soalan kepada penceramah

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik oleh @sholawatankuy di laman Instagram apabila seorang jemaah lelaki dilaporkan telah meninggal dunia selepas bertanya soalan kepada seorang penceramah.

Jemaah dikenali sebagai Hamdan Abdat pada ketika itu sedang mengikuti kelas pengajian harian di Masjid Annur Cilendek, Indonesia yang dihadiri oleh seorang penceramah iaitu KH Muhyiddin Junaidi.

Sebelum jemaah tersebut menghembuskan nafas terakhirnya, dia sempat mengajukan soalan kepada penceramah mengenai peluang untuk bertemu Rasulullah SAW ketika meninggal dunia.

Penceramah tersebut menjelaskan bahawa semuanya bergantung kepada amal ibadah masing-masing.

Tidak lama selepas itu, jemaah tersebut tiba-tiba mengalami sesak nafas dan tidak menyedarkan diri ketika sedang bersandar di dinding.

Ramai netizen cemburu dengan cara pemergian jemaah itu

Melihat di ruangan komen video itu, rata-rata netizen cemburu dengan pemergian jemaah berkenaan yang dianggap sebagai Husnul Khotimah.

Kredit: Instagram @sholawatankuy
Kredit: Instagram @sholawatankuy

Pemergian dengan cara yang baik lebih-lebih lagi ketika di dalam masjid dan sedang menuntut ilmu sememangnya menjadi impian ramai.

Sama-sama kita doakan Allahyarham tenang di alam sana dan semoga kita pun dapat peluang yang sama.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd