Now Reading
Pengurus Kanan KWSP Ajal Dalam Sujud Ketika Solat Dhuha

Pengurus Kanan KWSP Ajal Dalam Sujud Ketika Solat Dhuha

Shukri Sulaiman yang berusia 51 tahun adalah seorang pengurus kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Berita kematian seorang lelaki semalam (14 Februari) yang merupakan pengurus kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menggemparkan orang ramai.

Kematian Shukri Sulaiman yang berusia 51 tahun itu pastinya dicemburui ramai umat Islam kerana dia ditemui meninggal dunia dalam keadaan bersujud ketika sedang menunaikan solat sunat Dhuha di kediamannya di Segambut, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan kejadian yang berlaku kira-kira pada jam 10 pagi itu selepas menerima laporan daripada rakan arwah.

Menurut laporan, rakan kepada arwah memaklumkan lelaki berkenaan sebelum ini aktif melakukan kerja-kerja kebajikan dan mengambil cuti sakit selepas mengalami demam beberapa hari lalu.

Pada hari kejadian, rakannya cuba menghubungi arwah beberapa kali untuk menghantar makanan kepadanya tetapi tidak dijawab.

Rakannya cuba membuat panggilan beberapa kali namun tidak dijawab, lalu dia meminta bantuan jiran untuk masuk ke dalam rumah mangsa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai.

Selepas berjaya memasuki rumah arwah, rakannya agak terkejut apabila terlihat Shukri tidak menyedarkan diri dalam sebuah bilik ketika berada dalam keadaan bersujud dan memakai jubah berwarna putih.

Sumber: Harian Metro

Kini, jenazah Shukri telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi proses bedah siasat.

Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd