Now Reading
[Video] Warga Asing Ditegur & Dihalang Kerana Beli 6 Paket Minyak Masak, Tarik Perhatian Ramai

[Video] Warga Asing Ditegur & Dihalang Kerana Beli 6 Paket Minyak Masak, Tarik Perhatian Ramai

Walau bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 9 Januari yang lalu mengesahkan tiada halangan buat warga asing untuk membeli minyak masak paket dan had pembelian barang bersubsidi itu turut sama seperti rakyat Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Isu pembelian minyak masak paket bersubsidi oleh warga asing masih hangat lagi diperkatakan sehingga kini.

Bagi kebanyakan rakyat tempatan, rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang dilihat membeli barang tersebut kerana rata-rata berpendapat subsidi hanyalah untuk rakyat Malaysia.

Malah, ini berlaku kerana bekalan minyak masak paket bersubsidi sukar dicari dan kehabisan stok setiap kali berkunjung ke pasar raya atau kedai runcit berhampiran.

Lelaki Tegur Warga Asing Beli Enam Minyak Masak Paket

Terbaharu, tular di platform Twitter (X) video seorang pemuda yang menegur sekumpulan warga asing ketika mereka dilihat membeli minyak masak paket.

Menerusi video berkenaan, lelaki tersebut pada mulanya bertanyakan kepada kumpulan warga asing itu sama ada mereka memiliki kad pengenalan rasmi.

Namun, warga asing tersebut menyatakan bahawa mereka bukan rakyat Malaysia dan tidak memiliki pengenalan diri.

Ekoran daripada jawapan yang diberikan, pemuda berkenaan meminta dan menasihatkan agar warga asing itu meletakkan semula enam paket minyak masak yang diambil dan membeli minyak masak botol.

Difahamkan, insiden berkenaan berlaku di sebuah pasar raya di Senawang, Negeri Sembilan.

Video Raih Perhatian Warganet

Video yang mendapat lebih 250,000 tontonan itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata memuji tindakan pemuda berkenaan yang dilihat berani menegur kumpulan warga asing itu.

Kebanyakannya juga turut tidak berpuas hati dengan tindakan warga asing itu yang membeli minyak masak paket kerana statusnya sebagai barang bersubsidi.

Namun, ada juga yang tertanya-tanya mengapa warga asing dihalang dari membeli barang berkenaan selain kuantitinya mematuhi had pembelian minyak masak paket iaitu sebanyak tiga paket bagi seorang pelanggan.

Foto: KPDN

Menteri Sahkan Tiada Halangan Warga Asing Beli Minyak Masak Paket

Untuk info, isu mengenai hak pembelian minyak masak paket bersubsidi oleh warga asing telah diulas oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd. Ali pada Selasa (9 Januari) yang lalu.

Menurut Armizan, tiada halangan buat warga asing untuk membeli minyak masak paket di kedai runcit. Malah, had pembelian barang bersubsidi itu turut sama seperti rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, pihaknya menerima sebarang cadangan dan syor dari orang ramai bagi melaksanakan larangan pembelian ke atas kumpulan tersebut.

Kenyataan Armizan juga nyata mengundang reaksi daripada pelbagai pihak. Rata-rata tidak bersetuju kerana ada segelintir warga asing yang dilihat mengambil kesempatan dengan membeli barang tersebut dalam jumlah yang banyak.

Menurut Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), pembelian minyak masak paket perlu diutamakan kepada rakyat Malaysia terutama golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.

Malah, FOMCA berpendapat ia perlu dikawal bagi memastikan bekalan mencukupi buat rakyat tempatan.

Berikut antara komen warganet:

“Kenapa Warga Asing Tidak Dibenar Beli Minyak Masak Paket”

“Mana Ada Larangan Warga Asing Beli Minyak Masak Paket”

“Jangan Bagi Muka Dekat Diorang Ni”

“Kalau Semua Rakyat Malaysia Tegas Macam Ni, Mesti Diorang Takut”

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Sekatan Buat Warga Asing Beli Minyak Masak Paket Di Peringkat Runcit – Menteri KPDN

Baca Artikel Berkaitan: Isu Minyak Masak Paket : Perlu Utamakan Rakyat Tempatan – FOMCA


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd