Now Reading
[Video] TikToker Berlakon Tak Tahu Pakai Sampin, Terharu Ada Lelaki Tolong Ajarkan

[Video] TikToker Berlakon Tak Tahu Pakai Sampin, Terharu Ada Lelaki Tolong Ajarkan

Dalam video berkenaan, TikToker @zacharychiah yang berbaju Melayu berwarna biru itu dilihat mahu mencuba untuk memakai sampin berwarna putih tetapi tidak mahir dengan cara lipatan yang betul.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rakyat Malaysia sememangnya dikenali sebagai masyarakat yang ringan tulang untuk menghulurkan bantuan apabila seseorang berada dalam kesusahan.

Walaupun tidak mengenali antara satu sama lain, ia tidak pernah menjadi halangan kepada mereka yang baik hati untuk memberikan pertolongan walau dalam apa jua keadaan.

Bersyukur sungguh tinggal di Malaysia. Mesti ada je yang akan datang tolong ketika kita ditimpa kesusahan.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Terharu Pekerja Alam Flora Bantu Tukar Tayar Rosak Di Tepi Jalan Bawah Terik Matahari

Baca Artikel Berkaitan: 2 Lelaki Bantu Warga Emas 80 Tahun Di Johor Pulang Ke Rumah


Individu Baik Hati Bantu ‘Stranger’ Pakaikan Sampin Di Tempat Awam 

Perkara ini dapat dilihat menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@zackarychiah) apabila TikToker ini dipercayai melakukan eksperimen sosial untuk melihat sikap individu di kawasan sekitar.

Dalam video berkenaan, TikToker berbaju Melayu berwarna biru itu dilihat mahu mencuba untuk memakai sampin berwarna putih tetapi tidak mahir dengan cara lipatan yang betul.

Ketika berada di satu lokasi di ruang terbuka, Zach telah menegur pasangan lelaki dan perempuan dan bertanya jika mereka boleh membantunya untuk memakai sampin.

Sumber: TikTok @zacharychiah

Dengan nada mesra, lelaki berkenaan terus menolong Zach untuk memakai sampin dengan kemas bagi melengkapkan pakaian tradisional orang Melayu itu.

Selepas selesai memakaikan sampin, pasangan dikenali sebagai Najib dan Azreen itu dilihat mahu beredar sebelum dipanggil semula oleh Zach untuk bertanya nama dan memberikan hadiah misteri.

Siapa sangka perbuatan terpuji lelaki berkenaan membuatkan dia dan pasangan mendapat duit raya selain dihadiahkan sebuah earphone oleh TikToker berkenaan.

Sumber: TikTok @zacharychiah

Namun kata-kata yang keluar dari lelaki yang menolongnya itu pula agak menyentuh hati.

“Sebenarnya orang umur-umur macam saya ni dah susah nak dapat hadiah,” katanya sambil ketawa.

https://www.tiktok.com/@zacharychiah/video/7358779209650588929?lang=en

Netizen Terharu Lihat Perpaduan Masyarakat Malaysia

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memuji kebaikan yang dilakukan oleh pasangan tersebut terhadap TikToker tersebut walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.

Malah, sesetengah netizen berpendapat rata-rata rakyat Malaysia mempunyai sifat bersatu padu yang kuat tetapi mendakwa isu politik sering menjadi punca perbalahan.

“Sebenarnya kita boleh hidup tanpa rasis tapi politik pecah-belahkan antara kita,” kata netizen.

Pada masa yang sama, perpaduan yang terserlah ini membuatkan segelintir netizen berasa terharu dan bangga kerana sikap aman damai yang diamalkan oleh masyarakat negara kita.

“Rasa sayu dan terharu pula. Inilah yang kita banggakan. Masyarakat yang majmuk hidup aman damai bersama,”ujar netizen.

Seorang netizen pula memuji lelaki berkenaan yang kelihatan merendah diri dan peramah walaupun bergelar seorang peguam.

“Lawyer weh tapi humble betul,”kata netizen.

Sumber: TikTok @zacharychiah

Sebenarnya, kita memang bertuah dapat tinggal di Malaysia kerana dikelilingi dengan masyarakat yang baik hati dan tidak kekok untuk memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja.

Semoga sikap bersatu padu ini dapat dijadikan contoh kepada orang ramai untuk terus mengamalkan budaya menghormati serta hidup aman dan damai dengan pelbagai latar belakang masyarakat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd