Now Reading
2 Lelaki Bantu Warga Emas 80 Tahun Di Johor Pulang Ke Rumah

2 Lelaki Bantu Warga Emas 80 Tahun Di Johor Pulang Ke Rumah

Warga emas berusia 80 tahun itu tersilap turun di stesen yang salah dan tertinggal dompet di dalam bas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pengalaman pertama seorang diri menaiki bas ke negeri lain yang dilalui oleh Choo Liang Sin berusia 80 tahun pada 27 Mei lalu bertukar satu pengalaman yang kurang menyenangkan selepas dia tersilap berhenti di perhentian bas yang salah.

Warga emas ini yang dalam perjalanan dari Seremban, Negeri Sembilan ke Kluang, Johor telah turun di perhentian Sri Lalang tidak mengetahui cara untuk menghubungi ahli keluarganya. Dia sepatutnya turun di Taman Intan.

Keadaan menjadi lebih keruh apabila warga emas ini tertinggal dompetnya yang berisi berisi S$1,000 (RM3,199) dan wang tunai RM600 di dalam bas.

Namun nasib menyebelahi lelaki berusia 80 tahun ini apabila seorang warga Samaria dikenali sebagai Yusof yang duduk di barisan di sebelahnya di dalam bas menyedari dompet itu dan menghubungi syarikat bas tersebut dengan harapan untuk mengembalikannya kepada Choo.

Menurut The Star, anak saudara Choo iaitu Choo Chau Peng berusia 56 tahun berkata syarikat itu berjaya menghubungi mereka kira-kira sejam kemudian kerana sepupunya yang membeli tiket bas bapa saudara mereka itu memasukkan nombor telefonnya ke dalam sistem tempahan.

Choo sebenarnya tinggal di Singapura dan datang ke Malaysia pada awal Mei untuk melawat saudara-mara kami di Johor dan Selangor. Dia tidak mempunyai nombor telefon di Malaysia. Tak dapat nak bayangkan macam mana dia bersendirian di tempat yang asing baginya tanpa sebarang cara untuk menghubungi kami.

Anak saudara Choo, Choo Chau Peng memberitahu kepada The Star.

Seorang lagi individu bantu bapa saudaranya

Chau Peng bergegas ke terminal bas Kluang untuk mengambil dompet daripada Yusof sebelum menuju ke Sri Lalang kira-kira dalam jarak 10 kiloemter bagi mencari bapa saudara pula.

Ketika sedang memandu, dia menerima panggilan daripada kakaknya yang mengatakan bahawa bapa saudara mereka telah selamat pulang ke rumah selepas menaiki kenderaan yang dipandu warga Samaria.

Bila saya akhirnya berjumpa dengan dia, bapa saudara saya menceritakan perasaan takut dan lapar kerana dia tidak mempunyai wang dengannya ketika itu dan tiada cara bagi menghubungi kami. Tak dapat nak diluahkan perasaan gembira dan bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dengan bantuan rakyat Malaysia yang baik hati untuk membantu orang lain.

Anak saudara Choo, Choo Chau Peng memberitahu kepada The Star.

Choo juga terharu dengan kejujuran dan usaha Yusof memulangkan dompetnya dan meminta untuk bertemu dengan lelaki muda itu pada hari berikutnya bagi mengucapkan terima kasih.

Apabila mereka bertemu, Choo memeluk Yusof dan mula sebak. Dia juga ingin memberikan Yusof ‘ang pau’ tetapi pemberian tersebut ditolak oleh pemuda berkenaan. Choo juga dikhabarkan telah selamat pulang semula ke Singapura pada Khamis, 2 Jun.

Saya juga menghantar mesej kepada Yusof bagi pihak bapa saudara saya yang tidak putus-putus memujinya atas jasa baikan yang dilakukan dan mendoakan agar pemuda itu diberi kesihatan yang baik.

Anak saudara Choo, Choo Chau Peng.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd