Now Reading
[Video] Jual Kuih Malaysia Di Liverpool, Perniagaan Doktor Malaysia Ini Raih Tarikan ‘Mat Saleh’

[Video] Jual Kuih Malaysia Di Liverpool, Perniagaan Doktor Malaysia Ini Raih Tarikan ‘Mat Saleh’

Antara kuih yang dijual oleh Dr Syikin di Granby Street Market adalah karipap, cekodok pisang, kuih bakar dan nasi lemak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain terkenal dengan pulau-pulau yang cantik, Malaysia juga popular sebagai ‘syurga makanan’ kerana mempunyai pelbagai jenis juadah untuk dinikmati.

Boleh dikatakan setiap pelancong yang pertama kali datang ke Malaysia mesti tidak akan melepaskan peluang untuk merasai makanan tempatan seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Nasi Kandar, kuih-muih dan sebagainya.

Kalau jual makanan Malaysia di luar negara pun masih akan mendapat sambutan yang baik seperti mana yang berlaku di Liverpool, England.

Baca Artikel Berkaitan: Kedai Nasi Kandar Pertama Di Tokyo Laku Keras


Doktor Malaysia Buka Gerai Di Liverpool Untuk Menjual Kuih Tradisional

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@marhaidi.hanafi), lelaki ini menunjukkan suasana ketika berada di sebuah pasar pagi dikenali sebagai Granby Street Market di Liverpool, England.

Granby Street Market. (Sumber: Facebook Granby Street Market)

Siapa sangka, pasar di luar negara itu juga disertai oleh seorang doktor warga Malaysia bernama Dr Syikin yang dilihat menjual pelbagai jenis kuih tempatan popular di Malaysia seperti cekodok, karipap dan kuih bakar.

Selain kuih-muih, nasi lemak pun ada! Kesemunya dijual dengan harga RM6 (£1) bagi setiap satu dan cekodok adalah menu yang paling laris.

Sumber: TikTok (@marhaidi.hanafi)

Tetapi yang uniknya, Dr Syikin tidak meletakkan nama sebenar kuih berkenaan. Sebagai contoh, kuih cekodok diletakkan nama sebagai ‘Banana Lolipop’.

Walaupun Dr Syikin menjual makanan tradisional Malaysia, tetapi masyarakat tempatan di sana turut berminat untuk membeli di gerai tersebut.

Menurut Dr Syikin, antara menu yang menjadi pilihan masyarakat di sana adalah karipap, cekodok pisang serta nasi lemak.

Video berkenaan mendapat perhatian ramai di TikTok sehingga meraih 300,600 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

@marhaidi.hanafi

Granby Street Market Liverpool dibuka pada hari Sabtu pertama setiap bulan. Kepada yang ke Liverpool jemput singgah, Lokasi berdekatan dengan Rumah Komuniti Malaysia, Liverpool, #melayudiuk #hidupdiperantauan #malaysiantravellers #kisahplanetliverpool

♬ Aduh Malaysia – Altimet

Netizen Siap Bagi Cadangan Menu Lain Untuk Dijual

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, sesetengah netizen menyatakan pendapat tentang keadaan persekitaran ketika menjual di sana.

“Yang bagusnya negara luar jual terdedah tak ada lalat. Kalau kat Malaysia habis,” kata netizen.

Dr Syikin turut menjawab pertanyaan itu dengan berkata mungkin faktor cuaca di Liverpool membuatkan ketiadaan lalat di kawasan persekitaran.

Selain itu, netizen juga bertanya jika faktor cuaca juga boleh menyebabkan kuih-muih beku akibat suhu sejuk.

Kata Dr Syikin, kuih jualan juga ada yang beku.

Pada masa sama, netizen memberi cadangan kepada Dr Syikin supaya membawa juga daun pandan bagi memudahkan dirinya untuk menerangkan kepada masyarakat tempatan.

“Bagus letak gambar daun padan lepas ni. Senang explain. All the best,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Kuih Karipap Tersenarai Sebagai Antara Pastri Tersedap Di Dunia

Menerusi laman web TasteAtlas, kuih karipap telah disenaraikan sebagai antara hidangan pastri yang paling sedap di dunia. Daripada seratus hidangan pastri yang tersenarai, kuih karipap menduduki tangga ke lima teratas ya!

TasteAtlas turut memaklumkan bahawa kuih karipap ini bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah ia juga sering dilihat di negara lain terutamanya Singapura dan Thailand.

Sumber: Resepi Che Nom/ MyMall

Hidangan kuih ini disifatkan sebagai menu yang popular ketika sarapan pagi atau snek tengah hari dengan inti yang pelbagai, seperti kentang, ayam, daging, ikan sardin dan sebagainya.

Senarai ini juga menunjukkan bahawa karipap lebih mendapat sambutan berbanding menu Croissant dari Perancis yang menduduki tangga kelapan dan pencuci mulut Kunafa dari Mesir yang berada pada kedudukan ke-10.

Baca Artikel Berkaitan: Karipap Tersenarai Sebagai 5 Pastri Paling Sedap Di Dunia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sajat Sebak Makan Kuih Seri Muka, Hasil Gigih Minta Netizen Ajar Di ‘Live’ TikTok

Baca Artikel Berkaitan: “Kupas Satu-satu” – Pengacara Cooking Show Di Australia Ajar Cara Sebenar Nikmati Kuih Lapis


YouTuber Jepun Masak Dan Agihkan Nasi Lemak Di Hong Kong

Terdahulu, pasangan suami isteri yang terkenal di laman YouTube dikenali sebagai iChang RM dilihat sangat menghargai hidangan Malaysia iaitu nasi lemak selepas mereka baik hati untuk mengagihkan makanan tersebut kepada rakyat Hong Kong di kawasan perumahan mereka sekitar Ma Wan.

Pengagihan itu dikongsikan menerusi komuniti di laman Facebook dan telah menarik ramai rakyat Malaysia serta masyarakat tempatan hadir ke rumah mereka untuk mengambil bungkusan nasi lemak tersebut.

Sumber: YouTube iChang RM

Tak sangka pula ramai juga orang Malaysia di kawasan tersebut dan tinjauan menerusi video berkenaan mendapati kebanyakannya berasal dari Ipoh, Perak.

Kesemua 13 bungkus nasi lemak itu habis diberikan dalam tempoh 20 minit sahaja. Wow!

Sumber: YouTube iChang RM

Baca Artikel Berkaitan: YouTuber Jepun Agih Nasi Lemak Di Hong Kong Untuk Sambut Bulan Ramadan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd