Now Reading
“Kupas Satu-satu” – Pengacara Cooking Show Di Australia Ajar Cara Sebenar Nikmati Kuih Lapis

“Kupas Satu-satu” – Pengacara Cooking Show Di Australia Ajar Cara Sebenar Nikmati Kuih Lapis

Kuih Lapis itu diperkenalkan sebagai ‘Kek Lapis Pelangi’ di dalam rancangan masakan Australia berjudul ‘The Great Australian Bake Off’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain sukan, makanan juga boleh menjadi salah satu perkara yang menyatukan rakyat Malaysia.

Masyarakat negara ini dikira bertuah kerana berpeluang untuk merasai pelbagai jenis makan daripada kaum yang berbeza seperti Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya.

Kalau ada pihak yang cuba untuk memburukkan nama makanan tradisional dari Malaysia, pasti ramai yang akan bersatu padu untuk mempertahankannya.

Artikel Berkaitan: “Ini Nasi Lemak Ke?” – Menu Nasi Kandar Di Singapura Buat Ramai Mula Pertikai & Keliru

Artikel Berkaitan: YouTuber Jepun Agih Nasi Lemak Di Hong Kong Untuk Sambut Bulan Ramadan


Rancangan The Great Australian Bake Off Di Australia Pilih Kuih Lapis Sebagai Menu Terbaik

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok Binge, pengacara bagi rancangan ‘The Great Australian Bake Off’ iaitu Rachel Khoo telah menampilkan sebuah hidangan pencuci mulut tradisional di Malaysia iaitu Kuih Lapis sempena Minggu Antarabangsa.

Ketika memperkenalkan kuih yang juga disebut sebagai ‘Kek Lapis Pelangi’ kepada tetamu undangannya Darren Purchese, wanita ini menjelaskan kek itu mengingatkan dengan memori ketika zaman kanak-kanak.

Sumber: TikTok @binge

Dalam pada itu, Khoo turut menerangkan asal usul tentang Kuih Lapis kepada Purchese.

Kek ini sangat terkenal di Asia Tenggara. Ia diperbuat daripada kelapa, tepung ubi kayu dan tepung beras. Ia dimasak dengan cara mengukusnya, tidak perlu guna ketuhar untuk memasaknya.

Pengacara rancangan The Great Australian Bake Off, Rachel Khoo.

Ketika mereka ingin memakannya, Khoo juga mengajar Purchese untuk tidak menggunakan sudu dan garfu.

Lebih menarik lagi, cara memakan Kuih Lapis juga hampir sama dengan cara sesetengah rakyat Malaysia memakannya iaitu ‘mengupas’ kesemua lapisan satu per satu.

Makan pakai tangan pula tu, memang macam gaya orang Malaysia.

Sumber: TikTok @binge

Ramai Netizen Teruja Tengok Cara Mereka Makan Kuih Lapis Guna Tangan

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen termasuklah rakyat Malaysia yang teruja melihat kuih tradisional kaum Melayu itu muncul dalam rancangan memasak di Australia sebagai menu pilihan.

Melihat cara mereka memakannya dengan mengupas setiap satu lapisan menjadikannya lebih mengujakan.


Sejarah Tentang Kuih Lapis

Kuih Lapis merupakan hidangan yang berasal dari masyarakat Baba Nyonya dan telah wujud sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Secara umumnya, rasa hidangan pemanis mulut ini datang daripada rasa manis gula serta lemak santan dan ada juga beberapa resepi yang mencampurkan sedikit air mawar ke dalam bancuhan awal.

Resepi Kuih Lapis

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan
  • 2 sudu teh garam
  • pewarna pilihan
Sumber: Pinterest

Cara pembuatannya:

  1. Panaskan pengukus di atas api yang sederhana.
  2. Gaulkan bahan-bahan kering iaitu tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, garam, dan gula pasir.
  3. Tuangkan larutan santan ke dalam campuran bahan kering dan kacau sehingga sebati.
  4. Bahagikan bancuhan kepada dua bahagian secara sama rata. Di dalam satu bancuhan, titiskan beberapa titisan pewarna dan kacau sehingga bancuhan bertukar warna.
  5. Sediakan loyang bersaiz 7×7 inci dan sapukan minyak di seluruh permukaannya.
  6. Masukkan loyang kuih lapis ke dalam pengukus, dan tuangkan satu pertiga cawan adunan yang berwarna merah ke dalamnya.
  7. Tutup pengukus dengan penutupnya dan biarkan adunan tadi dikukus selama 5 minit.
  8. Ulangi langkah 6 dan 7 sehingga adunan habis dengan warna yang boleh diselang-seli.

Sumber: TikTok @binge | Honest Food Talks


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd