Now Reading
“Ini Nasi Lemak Ke?” – Menu Nasi Kandar Di Singapura Buat Ramai Mula Pertikai & Keliru

“Ini Nasi Lemak Ke?” – Menu Nasi Kandar Di Singapura Buat Ramai Mula Pertikai & Keliru

Nasi Kandar yang dijual di Singapura ini mempunyai sambal, kacang, ikan bilis dan telur rebus.

Nasi Kandar di Singapura (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Nasi Kandar adalah salah satu makanan popular di Pulau Pinang. Kalau anda datang ke negeri utara ini tanpa merasai hidangan tersebut, memang rugi.

Nasi Kandar terkenal dengan kuah pekat yang ‘banjir’ serta pelbagai pilihan lauk seperti ayam, sotong dan daging. Dimakan pula dengan bendi. Fuh, terliur!

Hidangan ini bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah Nasi Kandar juga terkenal di Jepun.

BACA JUGA: Kedai Nasi Kandar Pertama Di Tokyo Laku Keras

Menu Nasi Kandar tapi serupa dengan Nasi Lemak

Di Singapura, Nasi Kandar juga menjadi hidangan terkenal. Namun, hidangan ini telah menjadi pertikaian orang ramai di media sosial kerana wujud salah faham.

Berdasarkan poster hidangan Nasi Kandar yang dimuat naik oleh sebuah kedai makan di Singapura menerusi laman Facebook (Malaysia-Singapore Border Crossers), hidangan tersebut kelihatan seperti Nasi Lemak kerana adanya kacang, telur, ikan bilis dan sambal.

Yang membezakan Nasi Lemak di kedai makan itu dengan kebiasaan yang dijual adalah mempunyai papadom serta acar timun.

Pelanggan juga boleh memilih sama ada nasi putih atau nasi kunyit untuk hidangan nasi kandar di kedai makan berkenaan.

Orang ramai pun keliru dengan hidangan Nasi Kandar ini

Hantaran yang dimuat naik itu mendapat perhatian orang ramai di media sosial yang berpendapat hidangan Nasi Kandar dalam poster itu agak mengelirukan. Kebanyakan mereka berpendapat hidangan tersebut bukan Nasi Kandar tetapi lebih kepada Nasi Lemak.

Siap ada yang bagi cadangan untuk menamakan makanan itu sebagai ‘Nasi Lemak Kandar’.


Pemilik kedai makan tersebut adalah dari Pulau Pinang

Sumber: Seth Lui

Menerusi laporan Seth Lui, kedai makan Ah Miao’s Kitchen yang menjual Nasi Kandar berkenaan dimiliki oleh seorang wanita bernama Colyn berasal daripada Pulau Pinang.

Colyn juga ditanya tentang inspirasi di sebalik hidangan Nasi Kandar yang dijual.

Saya datang daripada Pulau Pinang dan sangat suka dengan Nasi Kandar. Tetapi hidangan ini masih baru di Singapura. Jadi saya menggabungkan kedua-dua makanan Nasi Kandar dan Nasi Lemak. Pelanggan boleh memilih untuk memakan nasi tersebut dengan sambal atau kuah pekat.

Pemilik Ah Miao’s Kitchen, Colyn.

Tapi kalau anda nak merasai sendiri Nasi Kandar yang sebenar, pergilah ke Pulau Pinang. Ada banyak kedai makan di sana yang menjual hidangan ini.

BACA JUGA: Mengidam Nasi Kandar? Ini 5 Kedai Di Pulau Pinang Yang Anda Patut Cuba


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd