Now Reading
CIA Gelar Nasi Lemak Sebagai ‘Fat Rice’ Undang Pelbagai Reaksi Rakyat Malaysia

CIA Gelar Nasi Lemak Sebagai ‘Fat Rice’ Undang Pelbagai Reaksi Rakyat Malaysia

Central Intelligence Agency (CIA) mendefinisikan Nasi Lemak sebagai makanan tradisional Malaysia dan sarapan popular dalam kalangan masyarakat Melayu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nasi lemak adalah hidangan yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan sering menjadi pilihan para pelancong apabila mahu mencuba menu tradisional masyarakat Melayu.

Kebiasaanya nasi lemak ini dimakan pada waktu sarapan sebagai alas perut. Tetapi ada juga sesetengah peniaga tempatan yang menjual hidangan berkenaan untuk makan tengah hari atau waktu malam.

Menu ini sememangnya mendapat sambutan hangat di mana-mana sahaja. Jadi tidak hairanlah sekiranya ada banyak gerai yang menjual menu sama di kawasan berhampiran.

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Malaysia Pertahankan Nasi Lemak Selepas Dikritik Tidak Sedap Oleh Pelancong Dari China

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pereka Grafik Buat Poster Estetik Untuk Peniaga Nasi Lemak Tepi Jalan


CIA Gelar Nasi Lemak Dengan Nama ‘Fat Rice’

Siapa sangka, hidangan Nasi Lemak baru-baru ini telah menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa apabila sebuah agensi keselamatan di Amerika Syarikat iaitu Agensi Risikan Pusat (Central Intelligence Agency) telah berkongsi maklumat tentang menu tersebut di laman rasmi Facebook mereka.

Dalam hantaran tersebut, Nasi Lemak didefinisikan sebagai makanan tradisional Malaysia dan sarapan popular dalam kalangan masyarakat Melayu.

Sumber: Resepi Che Nom

Walau bagaimanapun, nama Nasi Lemak telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan panggilan ‘Fat Rice’ untuk menjelaskan rasanya yang berlemak.

Hidangan ini mempunyai nasi wangi yang dimasak dalam santan dengan daun pandan, serai, halia dan rempah ratus yang lain. Ia juga dihidangkan bersama telur rebus, ikan bilis goreng, sambal dan kacang tanah.

Hantaran dimuat naik di laman Facebook Central Intelligence Agency (CIA).

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Menu Nasi Lemak Kini Berada Di Persada Antarabangsa

Ruangan komen hantaran berkenaan dipenuhi dengan pelbagai komen dipercayai rakyat Malaysia kerana respon yang diberikan ditulis dalam bahasa Melayu.

Seorang netizen yang menganggap perkongsian tentang hidangan Nasi Lemak secara tiba-tiba dimuat naik di laman Facebook CIA mungkin kerana admin laman media sosial tersebut yang sudah jatuh cinta dengan keenakan menu berkenaan.

“Salah seorang admin dia mesti pernah ditugaskan di Malaysia dan jatuh cinta dengan Nasi Lemak,” kata netizen.

Mereka juga mengajak para pelancong yang mahu mencuba Nasi Lemak untuk datang ke Malaysia dan menambah Sambal Nyet dari Khairul Aming supaya rasanya lebih sedap.

“Nak cuba datang Malaysia. Kena nasi lemak sekali tambah sambal Khairul Aming,” ujar netizen.

Sementara itu, netizen turut berkongsi tentang hidangan Nasi Kerabu yang kononnya dikenali sebagai ‘Rice-To-Wednesday’ dalam bahasa Inggeris.

Sumber: Facebook

Lagenda Nasi Lemak Yang Ramai Tak Tahu

Untuk pengetahuan anda, nasi lemak pada zaman dahulu mempunyai lagenda tersendiri pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (1400 -1511).

Kisahnya bermula tentang Mak Kuntum yang merupakan seorang balu dan anaknya bernama Seri perlu menyara kehidupan selepas si suami meninggal dunia akibat peperangan.

Nak dijadikan cerita ketika sedang memasak, Seri tanpa sengaja telah tertumpahkan santan ke dalam nasi yang sedang dimasak.

Sumber:  teczcape.blogspot

Sebaik pulangnya Mak Kuntum dari bekerja, dia segera masuk ke dapur. Pelik melihat nasi berkenaan, dia kemudian terus bertanya kepada Seri, “Apa kau masak ni, Seri?” yang kemudian dijawab oleh Seri “Nasi le, Mak!”.

Bagi mendapatkan kepastian Mak Kuntum bertanya lagi dan Seri menjawab dengan jawapan yang sama “Nasi le Mak!”. Sejak dari itu terhasilnya nasi dengan campuran santan yang kini dikenali sebagai nasi lemak.

Terhibur pula kami mendengar kisah lagenda ini.

Baca Artikel Berkaitan: Lagenda Nasi Lemak, Kisah Di Sebalik Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: UNESCO Calonkan Nasi Lemak Sebagai Makanan Warisan Dunia

Baca Artikel Berkaitan: “Belacan Banyak Sangat” – Netizen Kongsi Tips Pada Chef New Zealand Untuk Masak Sambal Nasi Lemak [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd