Now Reading
UNESCO Calonkan Nasi Lemak Sebagai Makanan Warisan Dunia

UNESCO Calonkan Nasi Lemak Sebagai Makanan Warisan Dunia

Selain nasi lemak, warisan lain di Malaysia yang turut tersenarai sebagai ‘Warisan Dunia’ adalah Gua Taman Negara Niah di Sarawak dan Kebaya Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nasi lemak sememangnya hidangan yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Malah, para pelancong juga pasti tidak ketinggalan untuk mencuba menu tersebut setiap kali berkunjung ke negara ini.

Kebiasaanya nasi lemak ini dimakan pada waktu sarapan sebagai alas perut. Tetapi ada juga sesetengah peniaga tempatan yang menjual hidangan berkenaan pada waktu malam.

Menu ini sememangnya mendapat sambutan hangat di mana-mana sahaja. Jadi tidak hairanlah sekiranya ada banyak gerai yang menjual menu sama di kawasan berhampiran.

Baca Artikel Berkaitan: Gamer Mat Salleh Selamba Makan Nasi Lemak Bungkus Sekali Dengan Daun Pisang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Malaysia Pertahankan Nasi Lemak Selepas Dikritik Tidak Sedap Oleh Pelancong Dari China

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pereka Grafik Buat Poster Estetik Untuk Peniaga Nasi Lemak Tepi Jalan


Nasi Lemak Tercalon Sebagai Makanan Warisan Dunia

Memetik laporan Berita Harian, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) baru-baru ini telah mencalonkan hidangan nasi lemak sebagai Warisan Dunia.

Pencapaian menu ini yang telah tersenarai dalam calon pengiktiraan di peringkat antarabangsa adalah satu perkara yang cukup bermakna buat Malaysia.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing juga menyifatkan ia adalah pencapaian yang membanggakan dan bakal menganggap tahun ini sebagai ‘Tahun Warisan’.

Pencalonan Budaya Sarapan Pagi Malaysia, termasuk nasi lemak juga satu usaha kementerian untuk memastikan hidangan tradisional rakyat diiktiraf sebagai Makanan Warisan Kebangsaan Malaysia dan tidak akan dituntut oleh negara lain.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
Gambar sekadar hiasan.

Selain nasi lemak, warisan lain di Malaysia yang turut menerima kejayaan sama adalah Gua Taman Negara Niah di Sarawak dan Kebaya Malaysia.

Antara warisan lain yang tersenarai adalah Warisan Arkeologi Kompleks Gua Taman Negara Niah di Sarawak dinamakan sebagai calon yang layak mendapat pengiktirafan Warisan Dunia. Bagi Kebaya Malaysia yang diaplikasikan bersama negara jiran Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand juga dicalonkan sebagai calon Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO, mewakili budaya kemanusiaan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Lagenda Nasi Lemak Yang Ramai Tak Tahu

Untuk pengetahuan anda, nasi lemak pada zaman dahulu mempunyai lagenda tersendiri pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (1400 -1511).

Kisahnya bermula tentang Mak Kuntum yang merupakan seorang balu dan anaknya bernama Seri perlu menyara kehidupan selepas si suami meninggal dunia akibat peperangan.

Nak dijadikan cerita ketika sedang memasak, Seri tanpa sengaja telah tertumpahkan santan ke dalam nasi yang sedang dimasak.

Sumber:  teczcape.blogspot

Sebaik pulangnya Mak Kuntum dari bekerja, dia segera masuk ke dapur. Pelik melihat nasi berkenaan, dia kemudian terus bertanya kepada Seri, “Apa kau masak ni, Seri?” yang kemudian dijawab oleh Seri “Nasi le, Mak!”.

Bagi mendapatkan kepastian Mak Kuntum bertanya lagi dan Seri menjawab dengan jawapan yang sama “Nasi le Mak!”. Sejak dari itu terhasillah nasi dengan campuran santan yang kini dikenali sebagai nasi lemak.

Terhibur pula kami mendengar kisah lagenda ini.

Baca Artikel Berkaitan: Lagenda Nasi Lemak, Kisah Di Sebalik Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd