[Video] Pereka Grafik Buat Poster Estetik Untuk Peniaga Nasi Lemak Tepi Jalan
Poster tersebut direka oleh seorang wanita untuk peniaga Tok Wan’s Nasi Kerabu & Nasi Lemak dengan saiz A3.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap baik hati walaupun masing-masing datang dari latar belakang agama, bangsa dan umur yang berbeza.
Walaupun tiada sebarang wang atau upah yang diberikan, ia tidak mematahkan semangat masyarakat untuk saling bantu-membantu secara ikhlas.
Pertolongan yang diberikan bukan sahaja datang dalam bentuk wang tunai, tetapi boleh juga dari segi mempromosikan perniagaan seperti yang dilakukan oleh seorang wanita ini.
Pereka Grafik Bantu Hasilkan Poster Perniagaan Nasi Lemak Di Damansara
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@blankslateworks), seorang pereka grafik dengan baik hati menawarkan diri untuk menghasilkan sebuah poster untuk perniagaan gerai nasi lemak di Kota Damansara.
Sebelum memulakan proses untuk mereka poster tersebut, wanita tersebut telah berjumpa dengan pemilik gerai dikenali sebagai Aunty Linda dan mendapatkan maklumat yang berkaitan seperti:
- warna kegemaran
- jenis menu yang dijual
- nama gerai jualan
Selepas tempoh sebulan, wanita berkenaan berjaya menyiapkan poster tersebut dengan rekaan yang menarik seperti di dalam komik sebelum mencetaknya pada papan kadbod bersaiz A3.
Ketika mereka ingin memberi poster berkenaan pada hari Ahad, malangnya gerai tersebut tidak beroperasi kerana hanya dibuka pada Isnin sehingga Sabtu sahaja.
Kemudian pada minggu hadapannya, mereka sekali lagi pergi ke gerai tersebut untuk menyerahkan poster itu.
Dengan reaksi wajah penuh gembira, Aunty Linda teruja ketika melihat poster yang dihasilkan untuk perniagaan nasi lemaknya.
Pemilik Tok Wan Nasi Kerabu dan Nasi Lemak itu mengucapkan terima kasih dan gembira dengan pemberian poster yang direka khas untuk perniagaannya.
Video berkenaan mendapat perhatian ramai sehingga meraih 218,500 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
Netizen Puji Pereka Grafik Cipta Poster Untuk Peniaga Nasi Lemak
Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan banyak reaksi positif dari netizen yang memuji pereka grafik tersebut kerana mencipta poster kepada peniaga berkenaan tanpa meminta sebarang caj.
Malah, netizen juga melihatnya sebagai satu perbuatan yang comel dan dianggap ia sebagai konten yang berkualiti.
Dalam pada itu, sesetengah netizen pula berterima kasih atas tindakan mereka yang baik hati.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.