Now Reading
[Video] Sajat Sebak Makan Kuih Seri Muka, Hasil Gigih Minta Netizen Ajar Di ‘Live’ TikTok

[Video] Sajat Sebak Makan Kuih Seri Muka, Hasil Gigih Minta Netizen Ajar Di ‘Live’ TikTok

Sajat tidak berhenti mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi tunjuk ajar kepadanya di siaran ‘live’ untuk memasak Kuih Seri Muka.

sajat menangis jadi buat kuih seri muka

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mereka yang tinggal di luar negara pastinya akan merindui juadah di Malaysia yang dikenali sebagai ‘syurga’ makanan.

Kalau tiba-tiba mengidam hidangan tradisional Malaysia seperti nasi lemak, lauk masak lemak cili padi, kuih-muih dan sebagainya, agak sukar untuk dijumpai. Kalau ada pun, harganya boleh tahan mahal.

Jadi, nak tak nak kena masak sendiri di rumah bagi mengubati kerinduan terhadap makanan di Malaysia.


Sajat Minta Netizen Di ‘Live’ TikTok Beri Tunjuk Ajar Untuk Masak Menu Kuih Seri Muka

Situasi ini turut dirasai oleh usahawan kosmetik Nur Sajat yang kini menetap di Australia.

Menerusi video yang dimuat naik semula di akaun TikTok (@farahqabella), Sajat telah meminta penonton di ‘live’ TikTok memberi tunjuk ajar kepadanya untuk membuat kuih tradisional Melayu iaitu Kuih Seri Muka.

Difahamkan, sekitar 32,000 penonton ‘live’ yang memasuki siaran langsung itu untuk membantu Sajat memasak kuih tersebut dari awal sehingga siap.


Sajat Menangis Terharu Kuih Seri Muka Yang Dimasak Hasil Tunjuk Ajar Netizen Di ‘Live’ Menjadi

Selepas kuih itu siap dimasak, Sajat merasa sendiri Kuih Seri Muka masakannya dan agak terkejut dengan kelazatannya.

Disebabkan itu, Sajat tidak henti mengucapkan terima kasih kepada kesemua penonton ‘live’ yang telah memberi tunjuk ajar kepadanya.

Suasana yang meriah dengan telatah Sajat secara tiba-tiba bertukar sedih apabila Sajat tidak berhenti berterima kasih kepada netizen dengan nada sebak.

Katanya, dia teringin untuk menikmati kuih tersebut kerana sudah lama tidak merasai juadah berkenaan.

Terima kasih ajar Sajat tau. Memang Sajat teringin sangat. Ye lah kita nak sangat makan kuih seri muka, bila jadi ni rasa macam satu effort tau. Sebab kita duduk jauh.

Sajat.

Walaupun baru pertama kali memasak kuih tersebut, Sajat seolah-olah tidak percaya dia berjaya melakukan sehingga menjadi dan sedap.

https://www.tiktok.com/@jen.rjane/video/7280235253644430600?_r=1&_t=8foX5CR2sPy

Netizen Pun Sebak Tengok Sajat

Rata-rata netizen yang melihat video itu turut meluahkan rasa sebak selepas melihat Sajat yang menangis kerana akhirnya dapat merasai Kuih Seri Muka yang ingin dimakan.

Pada masa yang sama, netizen juga memahami perasaan Sajat yang pastinya merindui keluarganya selepas mengambil keputusan untuk menetap di perantauan serta berjauhan dengan ahli keluarga di Malaysia.

Selain itu, orang ramai turut mendoakan Sajat agar diberikan kebahagian dan ketabahan untuk menghadapi kehidupan di Australia seorang diri.

Sajat sebelum ini memberitahu bahawa dia telah berhijrah ke Australia selepas tular tentang penahanan dirinya di Thailand.

Selain itu, Sajat juga menjelaskan telah menjual segala perniagaan yang dimilikinya di Malaysia dan mengambil keputusan untuk memulakan kehidupan baharu di negara berkenaan.

Artikel Berkaitan: Misteri Kehilangan Sajat Terjawab! Ditemui & Ditahan Pihak Berkuasa

Artikel Berkaitan: Dah ‘Cerai Talak 3’ Dengan Malaysia, Sajat Sahkan Sudah Berada Di Australia [Video]

Artikel Berkaitan: “Kita Ni Perempuan Dah” – Sajat Maklum Akan Dikebumikan Sebagai Wanita Di Australia [Video]


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd