Now Reading
Misteri Kehilangan Sajat Terjawab! Ditemui & Ditahan Pihak Berkuasa

Misteri Kehilangan Sajat Terjawab! Ditemui & Ditahan Pihak Berkuasa

Pada 4 Jun lalu, Pihak Imigresen Thailand mengesan lokasi persembunyian Nur Sajat iaitu di sebuah kondo mewah di tengah Bangkok.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak beberapa bulan yang lalu, persoalan mengenai di mana hilangnya usahawan kosmetik Nur Sajat telah membanjiri media sosial.

Malah, pelbagai spekulasi dibuat oleh rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, Sajat yang pada mulanya diburu oleh pihak berkuasa, tiba-tiba lolos tanpa berita. Dia dikatakan telah mula hilang dari radar pada Mac lalu.

BACA SINI: Sajat Vs JAIS – Here’s A TLDR Of The Drama Surrounding The Arrest

Kredit: Nur Sajat02/Instagram

Jadi, di mana Sajat sebenarnya?

Dicekup di sebuah kondo?

Misteri kehilangan Sajat akhirnya terbongkar apabila laporan mengatakan bahawa dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Penahanan Sajat dilakukan oleh pihak berkuasa Thailand selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan usahawan kosmetik di Bangkok, Thailand daripada pihak berkuasa Malaysia.

Individu berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen dibuat.

Malah, sumber turut memberitahu Skuad Khas Harian Metro bahawa berdasarkan maklumat dikongsikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pihak berkuasa Thailand mengenai lolosnya usahawan berkenaan ke negara berkenaan pada awal Mac lalu, usaha mengesannya dilakukan oleh Jabatan Imigresen Thailand.

Selepas risikan dan intipan dilakukan, pada 8 September sekitar jam 6 petang (waktu Thailand) serbuan dilakukan di lokasi persembunyiannya. Hasilnya, Nur Sajat ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia. Malah, pasport miliknya juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia.

Skuad Khas Harian Metro.
Gambar sekadar hiasan.
(Kredit: TRP)

Menurut sumber lagi, Sajat kemudiannya dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di Thailand.

Atas kesalahan itu, Sajat didakwa di mahkamah Thailand.

Walau bagaimanapun, dia dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat oleh seorang warga tempatan.

Wang itu dibayar oleh seorang kenalannya dikenali sebagai Misha yang dilaporkan terbang ke Thailand untuk urusan jaminan Sajat. Walaupun dia dibebaskan dengan jaminan, Sajat diarahkan untuk hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari.

Skuad Khas Harian Metro.

Sumber turut mengatakan Sajat kini masih berada di kondominium mewah tersebut dan pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Sajat ke Malaysia.

Usaha membawanya pulang untuk menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor atas kesalahan berpakaian wanita yang dilakukannya di Shah Alam pada tahun 2018 itu sedang berlangsung. Rundingan agak sukar tetapi kita tetap optimis untuk membawanya pulang. Sukar disebabkan ada campur tangan pihak antarabangsa membabitkan negara dan pertubuhan tertentu yang menghalangnya.

Skuad Khas Harian Metro.

Nak pindah ke Australia pula?

Belum selesai kes di Malaysia dan Thailand, Sajat didakwa sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia pula.

Sumber memberitahu bahawa ketika ditahan pihak berkuasa imigresen Thailand pada 8 September lalu, Sajat hanya menunjukkan salinan pasportnya kepada pegawai penyiasat melalui telefon bimbitnya.

Semakan imigresen Thailand mendapati pasport Sajat dibatalkan kerajaan Malaysia. Sajat kemudiannya menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan memaklumkan dia adalah seorang pelarian. Semakan mendapati Sajat memperoleh kad UNHCR yang dikeluarkan oleh ibu pejabat badan itu di Bangkok.

Skuad Khas Harian Metro.

Hasil soal siasat dilakukan pegawai imigresen Thailand, Sajat memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia.

Malah, beberapa urusan berkaitan perpindahan Sajat juga sedang diusahakan UNHCR dengan wakil kedutaan Australia di Bangkok.

Skuad Khas Harian Metro kini dalam usahan untuk mendapatkan ulasan UNHCR Malaysia dan Bangkok serta Kedutaan Australia di Malaysia berhubung dakwaan itu.

Terima ‘ugutan bunuh’

Ditanya apa alasan sebenar Sajat untuk memohon kad pelarian dan berpindah ke Australia?

Sumber menjelaskan bahawa usahawan kosmetik itu mendakwa dia mendapat ugutan bunuh selepas mengumumkan keluar daripada Islam selain diburu lebih 100 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd