Now Reading
[Terkini] PDRM Buat Permohonan Bawa Sajat Pulang Ke Malaysia

[Terkini] PDRM Buat Permohonan Bawa Sajat Pulang Ke Malaysia

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berkata proses untuk membawa pulang Sajat akan dilakukan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Lokasi penyembunyian usahawan kosmetik Nur Sajat selepas meloloskan dari Malaysia telah terjawab selepas dia ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu di sebuah kondominium bersama seorang warga Thailand.

BACA JUGA: Misteri Kehilangan Sajat Terjawab! Ditemui & Ditahan Pihak Berkuasa

Berikutan pembongkaran lokasi penyembunyian Sajat, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menghantar permohonan kepada pihak berkuasa di Thailand untuk mengambil semula usahawan kosmetik kembali ke negara ini.

Laporan Berita Harian memaklumkan permohonan itu juga dihantar kepada Australia yang menjadi lokasi Sajat seterusnya selepas Bangkok.

Pada masa ini kita sedang menunggu keputusan selanjutnya dari pihak berkuasa Thailand dan Australia sebelum proses membawa balik Sajat dilakukan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Pengarah JSJ itu turut berkata proses untuk membawa pulang Sajat akan dilakukan mengikut undang-undang yang ditetapkan sekiranya tiada sebarang masalah yang berlaku.

Beliau melaporkan permohonan yang dibuat itu bergantung kepada negara berkenaan sama ada ingin membenarkan permintaan tersebut ataupun tidak.

Sebelum ini, Sajat dikatakan memohon kad pelarian Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) bertujuan untuk berpindah ke Australia.

Permohonan itu katanya masih dalam proses menunggu kelulusan daripada negara berkenaan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd