Now Reading
“Kau Masih Sahabat Kami” – Bapa Hampir Lumpuh, Sajat Sebak Aliff Syukri Bantu Belikan Kerusi Roda Di Malaysia

“Kau Masih Sahabat Kami” – Bapa Hampir Lumpuh, Sajat Sebak Aliff Syukri Bantu Belikan Kerusi Roda Di Malaysia

Datuk Aliff Syukri juga sempat membuat panggilan video bersama Sajat untuk memilih kerusi roda yang sesuai menggunakan wang kiriman dari Australia.

kerusi roda ayah sajat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang anak, pastinya kita akan berasa sedih apabila ibu bapa kita yang semakin menua dilihat sudah tidak sihat sehingga mengganggu pergerakan dan kehidupan seharian mereka.

Sudah pastinya kita mahu memberikan yang terbaik dan berbakti kepada mereka untuk membalas semula jasa membesarkan anak-anak sejak dari kecil.

Situasi ini turut dilalui oleh seorang usahawan kosmetik dari Malaysia iaitu Nur Sajat.


Sajat Sedih Mengadu Ayahnya Hampir Lumpuh Dan Tidak Boleh Berjalan

Menerusi perkongsian video dimuat naik di laman TikTok (@SajatNur), Sajat telah membuat siaran live baru-baru ini dan mengadu kesedihan selepas mendapat khabar berita tentang ayahnya yang hampir lumpuh dan tidak boleh berjalan.

Situasi menjadi lebih sebak apabila usawahan tersebut dilihat menangis dan menahan air mata.

Dengan niat mahu membantu ayahnya, Sajat meminta pengikutnya yang mempunyai kerusi roda untuk menghantar pesanan DM kepadanya.

Dia terus tak boleh jalan, dia macam lumpuh. Kalau siapa siapa ada wheelchair bagitahu Sajat tau, DM kat Sajat.

Usahawan kosmetik, Nur Sajat.
Sumber: TikTok @SajatNur

Datuk Aliff Syukri Dan Isteri Bantu Belikan Kerusi Roda Untuk Ayah Sajat

Selepas mendengar kisah yang diceritakan oleh Sajat, usahawan Datuk Aliff Syukri dan isterinya Datin Shahida tampil memberikan bantuan untuk membelikan sebuah kerusi roda kepada ayah Sajat menggunakan wang kiriman dari Australia.

Sebelum membelinya, Aliff telah membuat panggilan video bersama Sajat terlebih dahulu untuk memilih beberapa jenis kerusi roda yang terdapat di kedai terbabit.

Aliff kemudiannya telah melawat bapa kepada Sajat dan membawa bersama kerusi roda yang dibelikan.

Ketika ditanya sama ada kerusi roda yang dihadiahkan itu okey atau tidak, ayah kepada Sajat turut memuji sikap pemurah dan baik hati anaknya di Australia itu.

Lagi pun dia tu orangnya kelakar kan, kadang-kadang dia tu cakap serius. Tapi dia tu baik, sikapnya satu, seorang yang baik hati dan pemurah

Ayah kepada Nur Sajat.

Ketika mendengar luahan bapa kepada Sajat, Datin Shahida juga dilihat menahan sebak sehingga mengeluarkan air mata.


“Sajat, Kau Masih Sahabat Kami Dunia Akhirat”

Dalam siaran live yang dilakukan di laman Instagram, Aliff Syukri menjelaskan bahawa dia dan isteri masih menganggap Sajat sebagai sahabat mereka serta menasihati usahawan tersebut agar mendekati diri kepada Allah SWT.

Apa pun sebagai seorang sahabat, isteri aku dan juga aku sentiasa menganggap kau sebagai sahabat kami dunia dan akhirat. Jangan lupa sembahyang dan mendekati diri dengan Allah SWT.

Usahawan, Datuk Aliff Syukri.

Tambahnya lagi, hanya Allah SWT yang berhak menilai naluri hamba-Nya dan dia hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya, Sajat.

Antara kita ni, biar Allah yang menilai kita. Dan aku doakan yang baik-baik untuk ku Jat. Alhamdulillah.

Usahawan, Datuk Aliff Syukri.
https://www.tiktok.com/@sajatperempuanfuh/video/7285786441513241864

Netizen Tersentuh Dengar Nasihat Aliff Syukri Kepada Sajat

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak selepas mendengar luahan daripada Sajat tentang kesihatan ayahnya dan berpendapat usahawan berkenaan pasti akan menjaga bapanya dengan baik jika berada di Malaysia.

Dalam pada itu, netizen juga memuji bantuan yang diberikan oleh Aliff Syukri serta isterinya untuk menghulurkan pertolongan kepada Sajat.

Malah, nasihat yang diberikan oleh Aliff Syukri kepada Sajat turut menusuk ke hati netizen dan mereka turut mendoakan agar kesihatan bapa usahawan berkenaan dalam keadaan baik.

Sumber: TikTok

Sebelum ini, Sajat juga pernah meluahkan rasa rindu terhadap masakan kuih Melayu yang sering dimakan di Malaysia.

Disebabkan terlalu mengidam untuk memakan kuih Seri Muka, Sajat meminta bantuan pengikutnya di siaran live untuk memberi tunjuk ajar tentang cara-cara membuat hidangan itu.

Suasana yang meriah dengan telatah Sajat secara tiba-tiba bertukar sedih apabila Sajat tidak berhenti berterima kasih kepada netizen dengan nada sebak.

Katanya, dia teringin untuk menikmati kuih tersebut kerana sudah lama tidak merasai juadah berkenaan.

Artikel Berkaitan: [Video] Sajat Sebak Makan Kuih Seri Muka, Hasil Gigih Minta Netizen Ajar Di ‘Live’ TikTok

Artikel Berkaitan: [Video] Reaksi Aliff Syukri Sebak Lihat Wajah Tua Guna ‘Filter’ TikTok Buat Ramai Netizen Tersentuh Hati

Sumber: TikTok @SajatNur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd