Now Reading
[Video] Reaksi Aliff Syukri Sebak Lihat Wajah Tua Guna ‘Filter’ TikTok Buat Ramai Netizen Tersentuh Hati

[Video] Reaksi Aliff Syukri Sebak Lihat Wajah Tua Guna ‘Filter’ TikTok Buat Ramai Netizen Tersentuh Hati

Aliff Syukri terus mencium pipi Ammar kerana sebak melihat perubahan wajahnya yang dimamah usia ketika menggunakan ‘Aged filter’ di dalam aplikasi TikTok.

[Video] Aliff Syukri Sebak Lihat Wajah Anak Sudah Tua Dalam Filter TikTok

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Jika dipanjangkan umur, setiap daripada kita akan membesar sehingga tua dan mempunyai cucu yang comel. Wajah juga akan mula muncul kedutan-kedutan yang biasa dilihat pada warga emas.

Selepas tularnya satu filter terbaharu di TikTok, orang ramai dikatakan boleh melihat gambaran wajah mereka ketika tua kelak.

Nak kata betul atau tidak wajah kita akan sedemikian rupa ketika tua nanti, itu kami tidak pasti lah ya.


Aliff Syukri Sebak Lepas Guna Filter Wajah Jadi Tua Di TikTok

Pengasas produk D’Herbs iaitu Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang terkenal dengan ‘tagline’ syarikatnya Terlajak Laris sebelum ini dilihat tidak ketinggalan untuk mencuba sendiri ‘filter’ yang sedang trending di TikTok iaitu ‘Aged filter’.

Dalam video tersebut, Aliff sempat melihat perubahan wajahnya yang semakin dimamah usia sebelum ‘filter’ tersebut beralih kepada wajah anak lelakinya, Ammar Ahyan.

Namun selepas menggunakan ‘filter’ yang menukarkan wajah seseorang menjadi lebih berusia membuatkan dirinya sebak dan terus mencium pipi Ammar.

Kapsyen yang ditulis oleh Aliff di dalam video dimuat naik di laman TikTok miliknya (@abangterlajaklaris) juga agak sedih dan membuatkan keadaan lebih menyentuh hati.

Semua orang akan tua dan akan pergi. Hargai orang tersayang anda. Abah sayang Amayan sampai mati.

Pengasas produk D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Video tersebut telah menarik perhatian ramai sehingga meraih 2.1 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Luah Rasa Sebak Tengok Reaksi Aliff Syukri Bersama Anak Lelakinya

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa sebak selepas menonton video reaksi Aliff sedih melihat perubahan wajahnya yang semakin berusia menggunakan ‘filter’ di TikTok

Ada juga netizen yang berpendapat video tersebut merupakan video yang paling menyentuh hati mereka.

Dalam pada itu, mereka turut mendoakan agar pengasas D’Herbs itu diberikan kesihatan di samping keluarga tersayang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd