Now Reading
Aset Sajat Dilelong Pada Orang Awam Bermula Hari Ini, 14 Disember

Aset Sajat Dilelong Pada Orang Awam Bermula Hari Ini, 14 Disember

Lelongan awam bakal dilakukan di kediaman Sajat beralamat No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan harta usahawan kosmetik, Nur Sajat untuk disita akibat kegagalan membayar pampasan kepada bekas stokis utama, OWA Resources.

Peguam Utama OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan berkata permohonan OWA Resources Sdn Bhd untuk menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar oleh Sajat melalui proses penyitaan dibenarkan oleh mahkamah.

Penyitaan ini berlaku apabila Sajat gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April lalu bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi kepada OWA Resources.

BACA JUGA: Mahkamah Arah Sita Harta Nur Sajat

Harta dilelong kepada orang ramai

Mahkamah Tinggi juga telah membuat pengisytiharan tentang lelongan awam yang bakal dilakukan di kediaman Sajat beralamat No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada hari ini (14 Disember).

Kredit: dikbee

Menurut laporan, Peguam Utama OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan berkata kebenaran mahkamah untuk meluluskan permohonan plaintif bagi melelong kesemua barang yang disita adalah selepas Sajat tidak memberi sebarang maklum balas tentang pembayaran pampasan.

Sejumlah RM200,000 masih gagal dibayar oleh usahawan berkenaan sehingga hari ini kepada bekas stokis utama perniagaan bengkung milik Sajat.

Lelongan aset ini adalah cara penyelesaian oleh pihak plaintif bagi mendapatkan semula pampasan yang perlu dibayar oleh Sajat.

Orang ramai yang ingin membeli barangan yang dilelong boleh berkunjung ke lokasi kediaman Sajat di Kota Damansara.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd