Now Reading
Aliff Syukri Nafi Hantar Pembantu Peribadi Bida Aset Kediaman Sajat

Aliff Syukri Nafi Hantar Pembantu Peribadi Bida Aset Kediaman Sajat

Netizen mendakwa pembantu peribadi Datuk Aliff Syukri adalah pembida yang menghilangkan diri dalam proses lelongan aset kediaman Nur Sajat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan harta usahawan kosmetik, Sajat untuk disita akibat kegagalan membayar pampasan kepada bekas stokis utama, OWA Resources.

Mahkamah Tinggi juga telah membuat pengisytiharan tentang lelongan awam yang dilakukan di kediaman Sajat beralamat No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam (14 Disember).

BACA JUGA: Aset Sajat Dilelong Pada Orang Awam Bermula Hari Ini, 14 Disember

Lelongan awam itu memperlihatkan seorang lelaki berjaya dalam proses pembidaan sebahagian barangan rumah di kediaman Sajat.

Secara keseluruhannya, sebanyak RM132,000 yang perlu dibayar oleh pembida tersebut untuk mendapatkan set-set barangan di ruang dapur, ruang tamu dan bilik tidur tingkat atas.

Pembida hilangkan diri dan gagal dihubungi

Namun selepas proses pembidaan selesai, pembida tiba-tiba gagal dihubungi dan menghilangkan diri.

Menurut peguam OWA Resources Sdn Bhd Zeti Zulkifli, pembida wajib membayar jumlah bidaan RM132,000 secara tunai secara serta-merta selepas proses lelongan selesai.

Kredit: dikbee

Tetapi, individu berkenaan memberi alasan kononnya dia tidak membawa wang tunai dan perlu ke bank terlebih dahulu untuk mengeluarkan duit.

Kami menunggunya sehingga jam empat petang tetapi masih tidak memunculkan diri serta gagal dihubungi sehingga kini.

Peguam OWA Resources Sdn Bhd Zeti Zulkifli.

Susulan kejadian itu, peguam berkenaan terpaksa menghubungi Mahkamah Tinggi untuk meminta tarikh lelongan baharu.

Perkara seperti ini jadi satu masalah kerana ramai lagi yang ingin membida dalam proses lelongan tersebut.

Peguam OWA Resources Sdn Bhd Zeti Zulkifli.

Netizen dakwa pembida adalah PA Datuk Aliff Syukri?

Seorang lelaki bernama Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol yang juga pembantu peribadi kepada Datuk Aliff Syukri kini menjadi perhatian orang ramai selepas Peguam Nur Hafidzah Hasan mendedahkan nama pembida berkenaan.

Lelaki tersebut kini disyaki orang ramai sebagai pembida yang melarikan diri dalam proses lelongan aset Sajat semalam (14 Disember).

Netizen mula mencari nama lelaki berkenaan dan mendapati profil media sosialnya tertulis kerjaya sebagai pembantu kepada usahawan Datuk Aliff Syukri.

Datuk Aliff Syukri nafi terlibat dalam proses pembidaan

Memetik laporan media tempatan, Datuk Aliff Syukri menafikan isu tentang pembantu peribadinya membida aset kediaman Nur Sajat.

Dia enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut dan tidak menghiraukan spekulasi yang dibuat oleh netizen.

Hal ini sensitif, jadi saya tak mahu terlibat. Saya memang kawan dengan Sajat tetapi saya dah tak nak masuk campur dalam apa-apa kontroversi.

Datuk Aliff Syukri.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd