Now Reading
“Ingatkan Dumpling” – Tindakan Pelajar China Di Malaysia Tak Goreng Tapi Rebus Karipap Undang Perhatian

“Ingatkan Dumpling” – Tindakan Pelajar China Di Malaysia Tak Goreng Tapi Rebus Karipap Undang Perhatian

Pelajar tersebut memberi pendapat bahawa rasa karipap yang direbus itu gak okey, cuma kulitnya agak tebal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kuih karipap sememangnya terkenal sebagai hidangan yang dimakan pada waktu sarapan atau minum petang. Dapat pula dengan air teh o panas, memang layan sungguh.

Kalau tiba-tiba mak kita minta tolong masak karipap, mesti ramai yang terfikir untuk menggorengnya, betul tak? Tapi lain pula dengan tindakan yang dilakukan oleh seorang penuntut dari luar negara ini.


Pelajar China Rebus Karipap Kerana Sangka Ia Sebagai Dumpling

Baru-baru ini, pelajar dari China yang menuntut pengajian di Malaysia memuat naik satu hantaran di platform XiaoHongShu sambil menunjukkan hidangan yang dinikmatinya.

Namun, hantaran tersebut telah menarik perhatian ramai kerana individu tersebut dilihat memakan kuih karipap dengan cara masakan yang agak berbeza dari rakyat Malaysia.

Dia difahamkan telah merebus karipap itu sebelum makan kerana menyangka hidangan berkenaan adalah dumpling.

Dalam kapsyen hantaran tersebut, individu itu menulis, “Malaysia ada dumpling perisa kari. Dumpling yang telah dilokalkan. Saya dah makan beberapa biji selepas merebusnya. Rasa dia okey cuma kulitnya agak tebal”.

Sumber: XiaoHongShu

Netizen Terhibur Tengok Gelagat Pelajar China Itu Makan Karipap Rebus

Di ruangan komen hantaran, boleh dikatakan ramai netizen yang terhibur melihat gelagat pelajar itu yang menyalah anggap hidangan karipap sebagai dumpling.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang prihatin untuk menperbetulkan kesalahan berkenaan dengan memperkenalkan semula makanan tersebut sebagai karipap dan bukannya dumpling.

Dalam pada itu, seorang netizen juga berkata dia mungkin akan membuat kesalahan yang sama jika berada di luar negara dan tidak mengetahui cara untuk makan kesemua jenis makanan masyarakat tempatan.

“Jangan takut dengan rakyat Malaysia. Mereka baik sebenarnya. Kalau saya tinggal di luar negara pun, saya juga tak tahu cara nak makan semua jenis makanan,” ujar netizen.


Resepi Karipap Berinti Kentang Dan Ayam

Bila sebut tentang kuih karipap lebih-lebih lagi pada waktu petang, tiba-tiba rasa macam nak makan karipap pula ya.

Kepada anda yang mengidam karipap tapi malas nak keluar untuk membelinya, jom kami kongsikan resepi untuk membuat karipap inti kentang yang pernah dikongsikan oleh Che Nom.

  • Bahan-bahan untuk kulit karipap:
    • 4 cawan tepung gandum
    • 1/2 cawan minyak masak
    • 2 sudu besar marjerin
    • 1 cawan air sejuk
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 2 susu besar tepung beras
  • Bahan-bahan untuk inti:
    • 6-7 biji kentang
    • 1 biji bawang besar
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 tangkai daun kari
    • 4 sudu besar serbuk kari
    • 1-2 sudu besar serbuk cili
    • 300 isi ayam
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
    • Sedikit air
    • 1 kiub pati ayam
    • 1-2 sudu besar gula
    • Garam secukup rasa
    • Daun sup

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk masak inti karipap:
    1. Cincang halus bawang putih dan potong dadu bawang besar.
    2. Daun sup basuh bersih dan potong buang akar. Kemudian hiris halus daun sup.
    3. Kentang, kupas kulit dan basuh bersih. Kemudian potong dadu.
    4. Isi ayam, buang tulang dan cincang kasar.
    5. Bancuh rempah kari daging dan serbuk cili dengan sedikit air.
    6. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sampai lembut dan layu.
    7. Masukkan bawang putih.
    8. Bila bawang dah naik bau, masukkan daun kari dan kacau sebati.
    9. Bila dah naik bau daun kari, masukkan bancuhan rempah kari tadi dan kacau sampai kering dan pecah minyak.
    10. Tambah 1-2 kali air dan ulang masak sampai kering balik.
    11. Masukkan isi ayam dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
    12. Tambah kiub pati ayam dan kentang.
    13. Tambah sedikit air supaya kentang cepat empuk, serta garam dan gula. Kacau sebati dan masak sampai kentang empuk.
    14. Bila kentang dah masak empuk, tabur daun sup dan tutup api.
    15. Sejukkan inti sebelum buat karipap.
  1. Cara-cara untuk buat kulit karipap:
    1. Sukat dan masukkan tepung gandum, tepung beras dan garam dalam mangkuk. Kacau sebati kesemua bahan.
    2. Cairkan majerin dan minyak masak.
    3. Tuang sedikit demi sedikit minyak dan majerin panas dalam tepung. Kacau sebati sampai dapat texture berderai macam serbuk roti (kacau dengan sudu sebab minyak masih panas).
    4. Tambah sedikit demi sedikit air sejuk dan uli sampai jadi doh.
    5. Rehatkan doh setengah jam.
    6. Apabila doh sudah kembang, keluarkan dan uli sikit doh.
    7. Kemudian bahagikan doh setiap satu.
    8. Bulat dan leperkan doh.
    9. Sudukan penuh inti dan letak di tengah doh.
    10. Tekan rapat bahagian tepi doh dan biarkan ada lebihan 1/2 cm untuk kelim.
    11. Kelim kemas karipap dengan cara menolak doh dengan ibu jari dan picit sehingga melekat.
    12. Panaskan minyak dan goreng karipap. Alih sekali sekala.
    13. Bila karipap dah perang, angkat dan toskan minyak.

Apabila sudah siap, boleh dihidangkan bersama minum panas. Selamat menjamu selera!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd