Now Reading
Pelanggan Terkejut Beli Karipap Tapi Dapat Pakej Sekali Kuku Berdaki

Pelanggan Terkejut Beli Karipap Tapi Dapat Pakej Sekali Kuku Berdaki

Insiden terjumpa kuku dalam karipap menyebabkan dia rasa mual dan nak muntah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Karipap ni sedap kalau makan waktu-waktu petang dengan air teh o panas. Fuh, memang layan.

Tapi cuba bayangkan, tengah sedap makan tiba-tiba nampak ada ‘bendasing’ dalam karipap tu.

Baru-baru ini, beberapa buah gambar karipap menjadi bualan orang ramai selepas tular kuih tersebut berintikan kuku manusia.

Menerusi perkongsian gambar oleh pemilik akaun bernama Mee melalui group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official, dia telah menjumpai kuku penuh berdaki dalam inti karipap tersebut.

Insiden terjumpa kuku manusia itu menyebabkan dia terus rasa mual dan mahu muntah.

Jumpa kuku pun dah geli, tambah pula berdaki.

Laporan Kosmo memaklumkan pelanggan itu sudah melaporkan insiden tersebut kepada peniaga berkenaan.

Peniaga itu menjelaskan sebenarnya mereka membeli karipap sedia ada yang dijual di pasar raya sebelum menjualnya kembali kepada pelanggan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi yang sama apabila mereka juga berasa loya melihat inti karipap yang mempunyai kuku berdaki.

Malah, ada juga yang pernah mengalami situasi yang hampir sama sebelum ini.

Rata-rata masyarakat menegaskan supaya para peniaga sentiasa menjaga kebersihan diri agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd