Now Reading
[Video] Lelaki Warga Asing Dakwa Pernah Dipukul Ketika Kerja Di Malaysia

[Video] Lelaki Warga Asing Dakwa Pernah Dipukul Ketika Kerja Di Malaysia

Lelaki warga Pakistan itu mendakwa di pernah dipukul dan sering menjadi mangsa penjenayah serta diganggu ketika pulang dari tempat kerja berhampiran Sogo Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti kita sedia maklum, jumlah pekerja warga asing di Malaysia dianggarkan sekitar 2.7 juta orang dan bergiat aktif mencari rezeki dalam pelbagai sektor termasuklah kerja-kerja pembinaan.

Oleh kerana lambakan tersebut, pasti anda akan melihat pekerja warga asing di mana-mana tempat seperti restoran, kilang, kedai runcit dan sebagainya.

Namun, adakah kebajikan mereka ini dijaga dengan baik?

Baca Artikel Berkaitan: Salah Ke Pekerja Asing Kita Jalan-jalan Di KLCC?


Bekas Pekerja Warga Asing Dakwa Pernah Dipukul Di Malaysia

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@ahmad.bin.isa), kelihatan seorang lelaki warga Pakistan berkongsi kisah kehidupannya ketika ditanya tentang pengalaman bekerja di Malaysia.

Jelas lelaki dikenali sebagai Usman itu, dia telah bekerja di sebuah premis menjual kain fabrik di ibu kota bagi beberapa tempoh.

Namun, Usman mendakwa dia pernah dipukul dan sering menjadi mangsa penjenayah serta diganggu ketika pulang dari tempat kerja.

Dulu saya kerja berhadapan dengan Sogo, Kuala Lumpur di sebuah kedai fabrik di sana. Saya balik ke Pakistan semula sebab orang pukul saya. Bukan itu saja, barang jualan saya dan pasport juga diambil membuatkan saya jadi susah.

Usman.
Sumber: TikTok (@ahmad.bin.isa)

Dakwanya lagi, hari hujung minggu sering dipenuhi dengan kumpulan penunggang motosikal yang pernah menumbuk pada bahagian giginya sehingga patah.

Oleh kerana tidak tahan dengan keselamatan dirinya yang sering terganggu di Malaysia, Usman mengambil keputusan untuk pulang ke Pakistan dan membuka perniagaan sendiri.

Difahamkan, Usman kini memiliki lebih 100 orang pekerja dan mengatakan kehidupannya kini lebih bahagia serta dilihat dengan gembiranya berkongsi rezeki dengan pengguna TikTok tersebut bersama rakan-rakannya.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1.1 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@ahmad.bin.isa/video/7333462167406103815

Netizen Beri Pelbagai Respon Selepas Dengar Kisah Warga Pakistan Tersebut

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen memuji sikap lelaki itu memberi layanan baik kepada rakyat Malaysia yang berada di negara Pakistan.

Selepas mendengar kisah yang diceritakan, netizen turut berharap agar masyarakat kita mengambilnya sebagai pengajaran untuk turut berakhlak mulia kepada pekerja asing yang mencari sumber rezeki di perantauan.

“Beza akhlak orang kita yang suka buruk sangka dengan orang asing yang kerja di sini. Tengok macam mana hormatnya dia layan tetamu ketika kita jadi orang asing kat negara dia. Ambil iktibar ya kawan-kawan,” kata netizen.

Pada masa yang sama, netizen juga mendoakan agar individu bernama Usman itu dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus mencari sumber pendapatan yang halal.

Sumber: TikTok

Tular Pekerja Asing Miliki Duit Simpanan Melebihi RM300,000

Sebelum ini, pernah tular di media sosial mengenai wang simpanan pekerja warga asing di Malaysia yang berjumlah lebih daripada RM300,000.

Pengguna di laman X (Twitter) terkejut dengan perkara tersebut dan merasakan seolah-olah dirinya  ‘merempat’ di negara sendiri.

Gambar sekadar hiasan.

Perkara ini mencetuskan perbincangan tentang bagaimana pekerja asing dapat mengumpul wang simpanan sebanyak itu dan implikasi yang lebih luas terhadap pekerja tempatan serta ekonomi negara.

Sesetengah individu mendakwa simpanan sedemikian berjaya dicapai kerana pekerja warga asing menjalani kehidupan yang sederhana dan berjimat-cermat.

Baca Artikel Berkaitan: Pekerja Asing Di Malaysia Ada Wang Simpanan Lebih RM300,000, Ramai Luah Rasa Tak Puas Hati

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pekerja Warga Asing Baik Hati Tolong Cari ‘AirPods’ Jatuh Dalam Longkang

Baca Artikel Berkaitan: “Pertama Kali Dalam 8 Tahun” – Pengawal Keselamatan Warga Asing Sebak Pekerja Pejabat Buat Kejutan ‘Birthday’



Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd