Now Reading
Salah Ke Pekerja Asing Kita Jalan-jalan Di KLCC?

Salah Ke Pekerja Asing Kita Jalan-jalan Di KLCC?

KLCC tu awak punya ke?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hujung minggu lalu iaitu pada Sabtu dan Ahad (10 & 11 Februari) merupakan cuti umum untuk satu Malaysia. Malah, cuti berkenaan juga terpakai untuk warga asing yang bekerja di Malaysia.

Tak kisahlah berasal dari mana, kalau dah kerja di negara ini – cuti umum pasti akan dapat juga. Barulah fair, kan?


Ibu Kota Dibanjiri Warga Asing

Dan sama juga seperti warga Malaysia yang lain, cuti umum adalah salah satunya waktu untuk keluar berjalan-jalan bersama keluarga, makan di luar, melakukan aktiviti, bersiar-siar, dan sebagainya.

Itu sahaja waktu yang boleh dimanfaatkan kerana 1 Malaysia akan bercuti.

Oleh itu, logiklah jikalau Ibu Kota Kuala Lumpur dibanjiri dengan manusia.

Sumber: X

Tidak ketinggalan juga, warga asing yang melakukan kerja-kerja dalam Sektor 3D (Dirty, Dangerous, Difficult) – mereka juga manusia yang boleh keluar dan berjalan-jalan setelah penat bekerja.

Sumber: X

Isu Berbangkit: Netizen Berang Segelintir Individu Hina Warga Asing

Tidak dinafikan, media sosial kini hangat memperkatakan isu berkenaan apabila banyak klip-klip sekitar KLCC dibanjiri oleh warga asing (Bangladesh) pada hujung minggu lalu.

Ada juga yang memuat naik video menerusi TikTok @mr_suka_latte dan menulis di ruangan kapsyen, “Semalam CNY, aku jalan-jalan di KLCC. Popular sungguh KLCC ini dengan ‘pelancong’ dari Bangladesh. Satu benda yang aku perasan, diorang ini sempat tempat nak posing (tangkap gambar). Background wall yang tak menarik pun jadi, asalkan KLCC.”

Malah, ada juga yang membongak dengan mengatakan, “KLCC Darul Bangla.”

Sombong sungguh.


“KLCC bukan kau punya, biarlah diorang sekali-sekala nak berjalan”

Isu ini turut meraih perhatian rakyat Malaysia yang lain di mana rata-rata tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh sesetengah individu yang disifatkan angkuh.

“Dorang datang Malaysia bukan untuk merompak atau menyamun, tapi untuk buat kerja yang rakyat Malaysia sendiri tak nak. Sekarang cuti, kalau tak pergi KLCC jalan-jalan, nak pergi mana? Pergi rumah kau ke?” selar seorang pengguna X.

Malah, ada juga yang merasakan golongan seperti ini perlu mengalami situasi sama sewaktu mereka berada di negara luar. Barulah ada ‘akai’.

Ada juga yang membandingkan dengan waktu malam Krismas di Bayswater, London, United Kingdom di mana mereka mengatakan bahawa berduyun rakyat Malaysia membanjiri kawasan berkenaan pada festival itu.

Sumber: X

“If you nak Malaysia maju, start with your mentality,” tegas salah seorang pengguna X (@saifyakhtar). Jelasnya lagi, “Kawan baik saya yang membesar adalah seorang pekerja asing.

“Dia berkorban lebih daripada yang anda boleh bayangkan untuk bekerja di sini, jauh dari orang tersayang. Untuk gaji yang sangat rendah. Mereka memiliki hak untuk enjoy di KLCC. Malah, mungkin mereka yang membina bangunan itu.”

Sumber: X

Memang benar bahawa di Malaysia, kita mempunyai kebebasan untuk menyuarakan pendapat tersendiri. Namun, apabila pendapat itu berlandaskan perkauman dan xenofobia, maka ia akan menjadi kacau bilau.


Kerajaan Latih Bekas Banduan Untuk Kerja Sektor 3D

Pada Ogos tahun lalu, FMT melaporkan bahawa Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir memaklumkan pihak kerajaan akan memanfaatkan bekas banduan bagi mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing dalam bidang 3D.

Tambahan pula, seramai 3,000 banduan bakal mengikuti latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Pengurusan Sisa Pepejal dan juga Pembersihan Awam dengan kerjasama Jabatan Penjara, dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata RM1.57 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan latihan kemahiran selama lapan bulan di semua 17 institusi penjara seluruh negara pada tahun 2023.

“Seramai 280 banduan terpilih sebagai perantis pertama bermula 1 Jun 2023. Melalui program latihan kemahiran secara teori dan amali ini, perantis didedahkan dengan skop berkaitan pelaksanaan cara kerja, pengendalian peralatan, dan pematuhan keselamatan.

“SKM yang kita reka bawah program ini mempunyai beberapa tahap, iaitu tahap dua sebagai pekerja am dan boleh disambung kepada tahap tiga atau empat menjadi penyelia dan peringkat pengurusan yang mana perantis juga diberi elaun RM500 sebulan,” jelasnya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd