Now Reading
[Video] Warga Singapura Bengang Lepas Terdengar Bunyi Azan Di Telefon Wanita Muslim

[Video] Warga Singapura Bengang Lepas Terdengar Bunyi Azan Di Telefon Wanita Muslim

Wanita tersebut juga dikatakan akan turut memarahi mana-mana individu yang membuka audio bersifat keagamaan tanpa mengira latar belakang agama masing-masing.

https://www.tiktok.com/@mothershipsg/video/7326847728674229505?embed_source=121374463%2C121351166%2C71838019%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_blank&refer=embed&referer_url=mothership.sg%2F2024%2F01%2Fwoman-shout-sembawang-prayer-alarm%2F&referer_video_id=7326847728674229505

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, agama Islam mempunyai laungan azan sebanyak lima kali dalam sehari iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak sebagai tanda seseorang Muslim itu perlu menunaikan kewajipan mereka.

Selain mendengar azan yang dilaungkan di masjid atau surau, sesetengah individu telah menetapkan bunyi azan di dalam telefon bimbit mereka menerusi aplikasi yang dimuat turun.

Baca Artikel Berkaitan: Muslim Pro Lancar Kandungan Fokus Islam Menerusi Qalbox

Baca Artikel Berkaitan: Nur Fazura Lancar Aplikasi Mukmin Pro Untuk Umat Islam Di Bulan Ramadan

Boleh dikatakan agak normal jika anda terdengar bunyi laungan azan di dalam premis bangunan dan sebagainya.


Laungan Azan Di Telefon Punca Wanita Bengang Dan Menjerit

Namun baru-baru ini, seorang wanita yang berada di Pusat Membeli-belah Sembawang, Singapura pula bertindak sebaliknya selepas dia mendengar bunyi laungan azan yang menandakan masuk waktu solat bagi individu beragama Islam.

Dalam kejadian yang berlaku pada 8 Januari lalu, wanita yang memakai baju berwarna putih itu didakwa telah menjerit kepada dua orang wanita dan aksi tersebut berjaya dirakam oleh beberapa orang netizen di kawasan berhampiran.

Memetik sumber Mothership, kejadian yang berlaku sekitar jam 4:50 petang itu telah menyebabkan wanita itu dihampiri pekerja premis yang cuba untuk menenangkannya.

Saya nak beri pengajaran. Mereka tak boleh buat macam tu. Awak dah mencabar seluruh masyarakat Singapura. Dalam bas dan MRT juga mereka selalu buka ‘lagu’ ini kuat-kuat.

Wanita Singapura.

Namun wanita berkenaan cuba menjelaskan tindakannya yang menganggap membuka bunyi ‘muzik’ yang bersifat keagamaan adalah tidak sepatutnya berlaku di tempat awam.

Difahamkan, dia juga akan menegur mana-mana individu yang berbuat demikian tanpa mengira latar belakang agama mereka.

Kalau awak beragama Buddha sekalipun saya akan marah. Saya akan cakap ‘Tolong berhenti buat bising’. Kalau mereka yang beragama Kristian menyanyi dengan kuat juga saya akan marah.

Wanita Singapura.

Berdasarkan sumber, ketiga-tiga wanita terlibat dalam kejadian ini telah diiringi oleh pengawal keselamatan sementara menunggu kehadiran anggota polis.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Tonton Video Tersebut

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen selepas melihat situasi yang berlaku di pusat membeli-belah berkenaan.

Sesetengah netizen meluahkan rasa tidak setuju dengan tindakan wanita terbabit kerana bertindak kasar dengan menjerit kepada wanita beragama Islam itu.

Namun, ada juga netizen yang menganggap wanita berkenaan tidak salah untuk memberi teguran tentang bunyi laungan azan yang kuat itu, tetapi biarlah dalam keadaan beradab dan tidak menjerit.

“Ia adalah satu pengajaran yang baik kepada mereka yang mengaktifkan bunyi laungan azan itu dalam keadaan terlalu kuat. Tetapi makcik itu boleh je kalau cakap baik-baik dan tak perlu menjerit,” kata netizen.

Sumber: TikTok

Hukum Pasang ‘Volume’ Azan Di Speaker Masjid Secara Kuat

Sebelum ini, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus menerusi laman YouTube juga pernah membahaskan hukum sesetengah masjid atau surau yang memasang pembesar suara secara kuat.

Jelasnya, ia bergantung kepada beberapa keadaan.

Sekiranya ia melibatkan amalan bukan syiar yang dilakukan seperti mengaji sebelum solat dan ianya mengganggu orang lain, maka ‘volume’ pembesar suara haruslah diperlahankan.

Manakala untuk azan pula, pemasangan pembesar suara secara kuat adalah dibenarkan kerana ia dikira sebagai syiar Islam.

Baca Artikel Berkaitan:  Tidak Perlu Guna Speaker Lebih Kuat Untuk Laungan Azan? Individu Cadang Guna Aplikasi Waktu Solat

Baca Artikel Berkaitan: Didakwa Persenda Azan Dalam Radio Kereta, Pemuda Buat Permohonan Maaf

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenapa Bilal Tutup Lubang Telinga Semasa Laungkan Azan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd