Now Reading
Nur Fazura Lancar Aplikasi Mukmin Pro Untuk Umat Islam Di Bulan Ramadan

Nur Fazura Lancar Aplikasi Mukmin Pro Untuk Umat Islam Di Bulan Ramadan

Aplikasi Mukmin Pro yang dilancarkan oleh Nur Fazura bertujuan untuk memudahkan urusan umat Islam dalam beribadah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selain dikenali sebagai aktres terkenal di Malaysia, Nur Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin dikagumi oleh ramai peminatnya selepas dia juga mempunyai empayar perniagaan tudung yang menjadi fenomena.

Mana tidaknya, harga sehelai tudung yang dijual hanya berharga RM27 dan akan sentiasa ‘sold out’ dalam tempoh beberapa jam selepas dikeluarkan.

Selain menceburkan diri dalam bidang perniagaan, pelakon cantik ini juga membangunkan satu aplikasi bagi bagi memudahkan umat Islam dalam beribadah.

Sumber: Facebook Huzaifah N Syadiyah

Aplikasi Mukmin Pro

Bersempena dengan bulan Ramadan, isteri kepada pelakon Fattah Amin telah melancarkan aplikasi mudah alih di telefon berkonsepkan gaya hidup Muslim yang diberi nama Mukmin Pro.

Pembangunan aplikasi itu difahamkan mengambil masa selama enam bulan bagi meneliti semua kandungan secara terperinci sebelum menjadi pelengkap kepada aktiviti harian umat Islam.

Sumber: Amanz Network

Idea ini mula tercetus selepas Nur Fazura dijemput oleh rakan kerjasamanya iaitu Syed Huzaifah Syed Omar bagi mewujudkan aplikasi Mukmin Pro.

Saya pernah terdetik untuk mewujudkan aplikasi sendiri bagi memberi manfaat kepada orang ramai. Lepas Huzaifa datang jumpa dengan saya untuk berkolaborasi, saya anggap ini adalah hadiah daripada Allah untuk saya.

Nur Fazura.
Sumber: Facebook Huzaifah N Syadiyah

Empat ciri utama Mukmin Pro

Pengasas aplikasi ini iaitu Huzaifah juga telah berkongsi di Facebook miliknya tentang beberapa ciri utama yang dibangunkan dalam aplikasi Mukmin Pro.

Antaranya:

  • Data peribadi dilindungi dengan selamat.
  • Fungsi kiblat dengan gabungan kompas, peta, gegaran dan bunyi untuk membantu orang kurang upaya dari segi penglihatan.
  • Kandungan video Islamik dengan navigasi seperti TikTok.
  • Aktiviti seperti kelas al-Quran, infaq, wakaf dan aqidah boleh dibuat dengan lebih mudah.

Jadi untuk anda yang ingin mencuba aplikasi ini, boleh muat turun aplikasi ini di Google Play Store atau Apple Store sekarang!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd