Now Reading
2 Wanita Singapura Tak Sangka Rupanya Adik-beradik Terpisah, Sudah Berkawan Sejak Kecil

2 Wanita Singapura Tak Sangka Rupanya Adik-beradik Terpisah, Sudah Berkawan Sejak Kecil

Kedua-dua wanita ini terpisah selepas diserahkan kepada keluarga angkat kerana ibu bapa kandung bimbang mereka akan membawa nasib malang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kisah tentang ahli keluarga yang terpisah sering dilihat di media sosial apabila sesetengah individu itu mahu mencari semula ibu bapa atau adik-beradik mereka menggunakan kuasa viral di media sosial.

Baru-baru ini, perkara hampir sama berlaku kepada dua orang wanita warga Singapura yang sudah berkawan dalam tempoh agak lama sebelum mengetahui mereka mempunyai pertalian darah.


2 Wanita Bangsa India Dan Melayu Di Singapura Sebenarnya Adik-beradik

Memetik The Straits Times, dua orang wanita Singapura iaitu Puan Thangah Koh berusia 72 tahun yang berbangsa India dan Puan Fatimah Mohidini 71, yang merupakan kaum Melayu sudah berkawan sejak kecil lagi.

Namun, mereka tidak mengetahui bahawa mereka berdua adalah adik-beradik yang dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina sebelum diserahkan kepada keluarga angkat semasa masih bayi.

Ramai orang cakap muka kami serupa macam adik-beradik. Saya cakap kami berasal dari dua bangsa yang berbeza. Takkanlah boleh jadi adik-beradik pula.

Puan Thangah.

Difahamkan, Puan Thangah atau nama sebenarnya Koh Siew Kiang telah diserahkan kepada keluarga angkat berbangsa India ketika berusia lima bulan kerana sering jatuh sakit.

Ibu bapa kandungnya membuat tanggapan tahap kesihatan Puan Thangah yang sering jatuh sakit boleh menyebabkan mereka sering ditimpa nasib malang.

Sumber: The Straits Times

Puah Fatimah atau nama sebenarnya Koh Siew Lang pula diserahkan kepada keluarga angkat berbangsa Melayu semasa dia masih berusia dua bulan kerana mempunyai ibu jari kaki yang agak besar.

Tukang tilik memberitahu bahawa keadaan ibu jari kaki milik Puan Fatimah tersebut juga boleh memberi nasib malang kepada ibu mereka.


Bagaimana Mereka Berdua Dapat Tahu Tentang Pertalian Darah Sebagai Adik-beradik?

Semasa mereka kecil, keluarga angkat dua wanita ini yang merupakan jiran berhampiran sering menggalakan mereka untuk bermain bersama-sama.

Namun perkara sebenar mula terdedah apabila Puan Thangah mahu membuat kad pengenalan bagi mengesahkan dirinya sebagai warga Singapura pada usia 20 tahun.

Oleh kerana itu, dia terpaksa mencari semula keluarga kandungnya dan berjaya ke rumah mereka sambil ditemani oleh ibu angkatnya. Pada awalnya, ibu kandung Puan Thangah beranggapan dua individu tersebut tersalah alamat rumah.

Sumber: The Straits Times

Tetapi selepas mengetahui identiti sebenar mereka, ibu kandung Puan Thangah mengalirkan air mata kerana mereka pernah membuat iklan pencarian kedua-dua orang anaknya di akhbar berbahasa Cina tetapi gagal mendapat berita positif.

Difahamkan, keluarga angkat Puan Thangah dan Puan Fatimah tidak menceritakan kisah asal usul mereka berdua sebelum perkara ini didedahkan.

Meskipun kesal dengan perbuatan terdahulu, bapa kandung kepada Puan Thangah dan Puan Fatimah tidak berhasrat untuk mengambil semula anaknya daripada keluarga angkat.


Sambutan Tiga Perayaan Berbeza Dalam Keluarga

Selepas bertemu semula dengan keluarga kandung, Puan Thangah dan Puan Fatimah sering menyambut perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali bersama-sama.

Difahamkan ibu kandung mereka berdua telah meninggal dunia pada tahun 2023 ketika berusia 24 tahun kerana mempunyai masalah kesihatan.

“Saya tak pernah rasa marah bila dapat tahu saya diserahkan kepada keluarga lain. Saya terima seadanya. Saya bersyukur juga kerana dibesarkan oleh keluarga angkat,” kata Puan Thangah.

Baca Artikel Berkaitan: Anak & Bapa Akhirnya Bertemu Semula Dengan Kuasa Viral Di Twitter

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Suami Isteri Menangis Akhirnya Bertemu Selepas PJJ Selama 11 Bulan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Menangis Lepas Bertemu Kawan Baik Yang Terpisah Selama 25 Tahun


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd